Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Usahawan Semasa Menjual di Facebook

Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Menjual di Facebook

Ada yang tanya saya..

“Kenapa fanpage saya dah ada banyak likes, tapi sales takde?”

“Klik iklan tinggi, ramai orang respons.. tapi tak ramai yang nak beli”

“Sales dah banyak, tapi jualan tak maintain.. makin hari, sales makin menurun”

Rileks! Ini adalah perkara biasa yang terjadi pada mana-mana usahawan Facebook. Jika perkara ini juga terjadi pada anda, apa yang perlu anda buat? Ok, langkah pertama yang perlu anda buat adalah anda perlu tahu apa sebab dan bagaimana cara nak selesaikannya.

Dari pemerhatian saya, masalah ini terjadi disebabkan oleh beberapa kesilapan..

Apa kesilapan tersebut? Saya ada kongsikannya di bawah;

#1: Jual Banyak Produk Dalam Satu Fanpage

Ini nasihat saya..

Jangan menjual banyak produk dalam 1 fanpage. Saya dapati, kebanyakan fanpage yang menjual lebih dari 1 jenis produk, agak susah untuk dapatkan jualan.

Macam mana fanpage yang menjual banyak produk..

Ni contohnya;

Ada 1 fanpage ni jual produk jam tangan, tapi turut menjual baju, jual buku, jual seluar!

Memang pening prospek tengok!

Ini akan membuatkan prospek anda menjadi keliru, dan tak tahu apa sebenarnya yang anda jual. Mereka melihat kedai anda seperti asal boleh jual aje. Ini boleh menjatuhkan kredibiliti bisnes anda. Prospek jadi tak percaya pada anda.

Akhirnya, mereka membeli dari fanpage lain..

Jangan buat begitu! Anda perlu fokus jual 1 produk untuk 1 fanpage. Nak jual lebih 1 produk boleh, tapi mesti sama niche dengan produk utama anda.

Jika anda jual pakaian, jual pakaian yang berbeza rekabentuk dalam 1 fanpage.

Jika anda jual kuih, jual juga buku resepi dalam 1 fanpage.

Kan lebih fokus? Lebih senang anda menjual.. lebih senang nak close sales..

#2: Banyak Post Yang Tak Berkualiti

Apa maksudnya?

Ok, biar saya beritahu anda. Saya lihat, ada fanpage yang campur adukkan post-post yang tidak berkaitan dengan produk yang dijual. Fans pun tak suka baca post macam tu. Nilah yang saya katakan post yang tak berkualiti!

Contohnya;

Anda terjumpa 1 fanpage yang  menjual produk kecantikan, tapi anda lihat, ada banyak post tips motivasi yang tak berkaitan seperti tips islamik yang tiada kaitan dengan jenis produk, post gambar kelakar, post video-video pelik dan sebagainya.

Bukannya tak boleh buat nak buat post macam tu, tapi mestilah ada berkaitan dengan tema fanpage. Jika kita buat post yang tak berkualiti, audiens akan kurang jelas dengan apa yang kita jual.

Anda boleh bina post seperti motivasi, tips atau pun tutorial..

Banyak Post Yang Tak Berkualiti

#3: Gaya Penulisan Kurang Professional

Setiap orang mempunyai gaya penulisan yang berbeza. Ada yang suka gaya bahasa yang berbual, ada yang suka gaya bahasa yang skema. Itu semua terpulang pada anda, memang tak menjadi masalah..

Gaya penulisan yang professional bukan bermakna anda perlu menulis dengan gaya bahasa tinggi.. tapi apa yang anda perlu tulis adalah;

  • Ayat yang MUDAH DIFAHAMI
  • EJAAN yang betul
  • Penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang betul

Anda cuba baca gaya penulisan post ni..

gaya penulisann

Cuba bandingkan gaya penulisan kedua-dua post di atas? Ada perbezaan kan?

Lagi satu..

Elakkan dari menulis post dengan HURUF BESAR semuanya, ia akan kelihatan seperti menjerit kepada pelawat. Ada juga yang anggap tulisan berhuruf besar kesemuanya adalah SPAM! Satu lagi, jangan guna bahasa SMS. Sebab, ada orang faham, ada orang yang tak faham. Anda juga akan kelihatan tak professional jika kerap menggunakan bahasa SMS ini.

#4: Cara Pembelian Tak Jelas

Ini satu lagi yang jadi masalah!

Saya lihat ada fanpage yang tak tunjukkan bagaimana cara untuk membuat tempahan. Ini dah menyusahkan prospek untuk buat pembelian, lebih-lebih secara online. Anda perlu ajar mereka, tunjukkan cara supaya mereka dapat membuat pembelian dengan lancar.

Cara Pembelian

Anda boleh tulis di post iklan, letakkan arahan cara untuk buat pembelian.. jika boleh, permudahkan cara lagi pembelian.

Antara cara beri arahan pada prospek untuk buat pembelian adalah;

  • Letak link PM dan suruh prospek untuk PM anda.
  • Letak no. telefon dan suruh prospek WHATAPPS anda.
  • Bina borang tempahan dan letak LINK borang di post iklan.

#5: Hanya Fokus Menjual Produk

Kenapa orang membeli?

Sebab mereka mahu dapatkan manfaat dari produk yang dibeli. Anda perlu jual manfaat produk, bukannya jual produk je. Semasa close sales, anda perlu tekankan apa manfaat dan nilai yang bakal diterima prospek selepas mereka membeli produk anda.

Contohnya seperti di bawah..

Hanya Fokus Menjual Produk

Apa penyelesaian yang prospek boleh dapat jika membeli produk anda?

Manfaat produk anda mungkin berkaitan dengan;

  • Penjimatan KOS pembelian
  • Perubahan yang lebih baik
  • Hasil yang lebih CEPAT
  • Cara guna yang lebih MUDAh

.. dan sebagainya.

Jadi, sebelum bina post iklan.. langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah anda perlu kenal produk dan pelanggan dulu. Lepas tu, baru anda fikirkan apa ayat yang sesuai untuk bina post iklan.

#6: Tak Berikan Respons Pada Prospek

Tak berikan respons pada prospek juga merupakan kesilapan yang berat. Prospek akan anggap anda tak layan mereka. Jika ramai prospek yang bertanya, respons dengan serta merta atau dalam tempoh 24 jam. Kepantasan anda untuk balas respons juga dapat bantu mereka untuk percaya pada anda.

Lebih baik, tag nama mereka semasa jawab komen. Tulis nama mereka semasa jawab PM. Anda perlu mesra dengan prospek. Ini akan buatkan mereka rasa dihargai dan lebih suka untuk berurusan dengan anda.

Tak Berikan Respons Pada Prospek

#7: Gagal Yakinkan Prospek

Jika anda gagal untuk terangkan kepada prospek tentang kebaikkan dan manfaat produk yang anda jual, anda memang susah nak hasilkan sales! Sebabnya, anda sudah gagal yakinkan prospek untuk membeli produk anda.

Apa sebab orang tak yakin untuk membeli produk tersebut?

Sebabnya, anda tak mampu buat mereka percaya akan keberkesanan produk anda. Habis citer!

Jadi, bagaimana nak yakinkan prospek? Lebih-lebih lagi mereka memang serius berminat nak membeli produk anda..

Anda boleh yakinkan mereka dengan;

  • Banyakkan TESTIMONIAL sama ada dalam bentuk social proof, video dan gambar.

testimonii

  • Sediakan INFO tentang produk secukupnya sama ada melalui web atau post anda.

link websitee

#8: Gagal Menjawab Bantahan Prospek

Dalam apa-apa urusan jual beli, biasanya prospek akan ada banyak persoalan yang ingin dijawab sebelum mereka membeli sesuatu produk..

  • Mungkin tentang harga yang anda tawarkan.
  • Mungkin mereka persoalkan jaminan yang anda tawarkan.
  • Mungkin mereka tidak percaya dengan keberkesanan produk.
  • Mungkin mereka takut produk yang dibeli tidak sampai.
  • Mungkin mereka takut terbeli dengan harga tak berpatutan.

Jadi, tugas anda sebagai penjual adalah menjawab persoalan-persoalan ini. Sediakan soalan, dan sediakan jawapan. Jika anda malas nak jawab soalan-soalan sama yang kerap ditanya, sediakan FAQ dan letak di website.

FAQ

FAQ juga sangat membantu prospek. Cubalah!

Inilah antara kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan semasa menjual di Facebook. Kesilapan seperti inilah yang boleh jejaskan motivasi anda untuk terus buat bisnes di Facebook.

Jangan sebab anda buat silap, anda dah putus asa. Belajarlah dari kesilapan tersebut. Jadikanya sebagai pengalaman berguna untuk anda pada masa depan. Pasti anda akan jadi lebih baik dari diri anda yang sebelum ini.

Harap info bermanfaat untuk anda.

Similar Posts

16 Comments

  1. Post ni sangat memberi manfaat kepada saya,saya sangat teruja membacanya,tambah sikit pengalaman.

    1. Saya setuju.. yang kesalahan No. 1 tu ramai penjual di Facebook yang buat.. jual produk bermacam jenis dalam satu page.

      Sepatutnya ,kita kena jual produk yang sama ‘niche’ shj dalam satu fanpage. Kalau nak jual banyak produk boleh, tapi make sure semua produk tu dalam satu ‘niche’ yg sama dan kita tetapkan kategori 1.Produk Utama , 2.Produk sampingan (syarat dia mesti melengkapi produk utama) dan yg ketiga 3.Produk Premium (produk yang mahal harganya)

      Contoh yang senang, kalau anda jual Beg Tangan (handbag).. produk utama ‘beg tangan’ , maka produk sampingan ialah ‘penggilap beg tangan’ alaa.. yang mcm polish2 tu..tanya orang perempuan diaorang taula… (polish tu melengkapi produk utama kan?) dan yang terakhir produk premium adalah beg tangan yang paling mahal harganya. <- jgn lupa bagi 'value' kenapa produk premium ni lagi mahal daripada produk utama anda jual tadi.

      Hasilnya, anda dpt mengaut keuntungan lebih banyak kerana menjual lebih dari satu produk kepada satu customer..selamat mencuba!

      P.s. Jika anda berminat untuk bina minisite untuk perniagaan anda sila klik pada nama saya! Tak tau apa itu minisite? Klik juga pada nama saya! Saya ada tips percuma nak bagi…

    2. Sifu, Macam mana kalau kita jual dari syarikat yg sama, tetapi pelbagai jenis. Ada mekap, ada health supplements, ada supplement kereta etc…

  2. Saya berminat nak join seminar.. atas kekangan baby menyusu bdn.. belum dapat meneruskan minat dan keinginan utk belajar.. tolong email or bagi notice awal utk next seminar. Tq

  3. Mohon bertanya sifu..katakan saya menjual produk kesihatan tetapi dari dua brand yang berbeza…bolehkah dijual dlm satu page?

  4. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat dari SifuFBAds. Tentang perkara no 2, saya juga sangat setuju kerana perkongsian selain atau tiada berkaitan dengan produk adalah salah satu perkara yang membuatkan Fan Page kita hilang fungsi sebagai Pakar dalam sesuatu bidang.

    Tujuan untuk viral mungkin baik, tapi mungkin bukan kepada Market Audience kita dan ianya merugikan dan merosakan image dalam masa panjang.

Leave a Reply to azwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *