Saya Ada 2 Page, Nak Gabung Boleh Ke?

Merge Page

Jawapannya… Boleh…

Sebahagian dari kita ada yang mempunyai beberapa page yang digunakan untuk jalankan fb marketing. Kadang-kadang tu, hanya 1 atau 2 page je yang aktif. Yang lain tu, tak buat ape pun. Jarang log in, jarang buat posting. Jarang buat posting, bermaksud ENGAGEMENT akan jadi rendah tau. Sudahnya, page jadi ‘berhabuk’ dan ‘bersawang’.

So, daripada biarkan page yang dibiarkan tu terus sepi, gabung atau ‘merge’ kan je dengan page yang aktif.

Tapi sebelum tu, ada beberapa syarat yang perlu anda tahu dan faham:

  • Anda MESTI admin bagi kedua-dua page tersebut.
  • Page mesti mpunyai nama yang sama atau sekurang-kurangnya hampir sama.
  • Page yang ingin digabung mesti berkenaan bisnes/produk yg sama.
  • Kalau ada kedai/premis, alamat yang diletakkan kat bahagian info page tersebut, mesti sama.

Faham dah syarat-syarat kat atas ni?

Ok, jom gi ke next steps.

Langkah 1

Klik ke link ni –> facebook.com/pages/merge

Langkah 2

Apabila anda klik link kat atas ni, satu pop-up akan keluar dan meminta anda untuk masukkan password account fb anda. So, isikan, ye..

1

Langkah 3

Selepas masukkan password, anda akan dibawa ke halaman baru untuk pilih 2 pages yang anda ingin gabungkan. Ada dropdown menu yang ada semua list page business. Masukkan nama page yang anda ingin kekalkan di kotak pertama, serta page yang anda ingin gabungkan dalam kotak kedua.

2

Page yang anda ingin gabungkan (kotak 2) akan di-delete serta tidak boleh dapatkan semula page tersebut. Jadi, fikir masak-masak dulu sebelum merge page tersebut.

Klik ‘Merge Pages’..

3

4

Nota : Page yang anda ingin gabungkan (kotak 2) akan di-delete serta tidak boleh dapatkan semula page tersebut. Anda akan kehilangan semua posting termasuk gambar yang terdapat pada page yang ingin digabungkan.

Langkah 4

Seterusnya, tick-kan bahagian seperti dalam gambar, Klik ‘Send’.

5

Langkah 5

Anda dapat lihat status dan history untuk semua permintaan anda.

6

Begitu sahaja caranya. Simple je tutorial ini.

Jika ada sebarang soalan, sila komen di bawah ye..

Similar Posts

22 Comments

  1. SIfu, kenapa bila tukar nama Page 2 lebih kurang sama dgn Page 1, bila nak merge, select Page 2, page tu xkeluar dlm selection?

  2. assalamualaikum sifu

    sya ada dua page selama ini, namun semalam page saya yang ramai likes hilang dan tak boleh nak buka
    macam mana sy nak dapatkan balek?

  3. Assalam..sifu sy x dpt buat fb ads sbb payment method x dpt buat.. selalu ok tp baru2 ni x dpt buat. Mcm mn yea sifu?

  4. maaf nk tye, dah merge, ktenye “merge requested the merge” diaa amik berapa mase lamaenye nk siap??

  5. maaf nk tye, dah merge, ktenye “merge requested succesfull.” diaa amik berapa mase lamaenye nk siap??

  6. Assalamualaikum.. Sy dh buat ikut step merge.. Tp kedua² jd unpublished dh 5 hari dh.. Mohon bantuan ya sifu ???

  7. Salam sifu. Saya ada soalan, kalau kita merge kan fb kita, adakah followers dan likes page yg kita nak merge kan tu akan hilang sekali?

Leave a Reply to Gkerjaya - Informasi Kerjaya Terkini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *