Tutorial Cara Bina Iklan Video di Facebook

Tutorial Cara Bina Iklan Video di Facebook

Tutorial Cara Bina Iklan Video di Facebook

Anda guna Facebook Ads?

Pernah cuba promosikan video anda menggunakan Facebook Ads?

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan anda cara bina iklan video Facebook menggunakan Advert Manager dan Power Editor.

Cara Bina Iklan Video Guna ‘Advert Manager’

1) Log in ke ‘Advert Manager‘, klik butang ‘Create Advert

Create Advert, Advert Manager

2) Kemudian, pilih ‘Get Video Views

Advert Manager Video Campaign

3) Pilih fanpage yang anda mahu gunakan untuk promosikan video anda

Advert Manager Fanpage

4) Sekarang, buat ‘Campaign‘. Masukkan nama ‘Campaign‘, pilih sasaran audien anda seperti lokasi, interest, jantina dan umur. Setkan juga ‘Budget‘ anda.

Advert Manager Audience

5) Kemudian, upload video anda. Format video yang disyorkan adalah .MOV, saiz maksimum 1 GB, 720p resolution dan aspect ratio sekurang-kurangnya 16:9.

Advert Manager Upload

6) Selepas anda berjaya upload video tersebut, jangan lupa masukkan ‘Text‘ dan letak ‘Call to Action

Advert Manager CTA

7) Akhir sekali, klik butang ‘Place Order

Cara Bina Iklan Video Guna ‘Power Editor’

Bina iklan video menggunakan Power Editor agak kompleks berbanding guna Advert Manager, tetapi ia lebih mudah digunakan jika anda banyak buat iklan untuk split test.

1) Log in ke ‘Advert Manager‘ dan masuk ke ‘Power Editor

Power Editor

2) Klik butang ‘Download to Power Editor

Download to Power Editor

3) Klik butang ‘Create Campaign‘, masukkan nama ‘Campaign‘, pilih ‘Video Views‘ pada ‘Objective

Campaign Video

4) Klik ‘Advert Set‘ dan pilih ‘Create Advert Set‘, pilih ‘Campaign‘ yang telah anda buat, namakan ‘Advert Set‘ anda. Setkan ‘Budget‘, ‘Audience‘ dan ‘Placement‘ untuk iklan anda

Advert Set
5) Klik ‘Adverts‘ dan pilih ‘Create Advert

Advert

6) Masukkan ‘Text‘ dan upload video anda, pilih ‘Call to Action’. Kemudian, klik butang ‘Upload Change’ di bahagian atas…

Power Editor Advert

Selesai tutorial cara bina iklan untuk promosikan video anda menggunakan Facebook Ads.

Semoga berjaya!

Similar Posts

10 Comments

  1. Salam tuan Jamal,

    Terima kasih kerana berkongsikan tip yang hebat ini. Saya nak tanya, sekarang ni semakin ramai orang menggunakan fb ads.

    Adakah ia akan menjejaskan jumlah view iklan kita di newsfeed target audien kita?

  2. salam tuan saya ad buat pengiklanan d fb . pihak fb ada menyatakan bahawa payment da complete .tp saya belum bayar lagi dan pihak fb langsung x potong duit sy kat maybank . kad say kad debit . boleh sifu bagi pncerahan . saya first time buat pengiklanan..

Leave a Reply to JaMaL (SifuFBads) Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *