Tutorial Cara Lakukan Bayaran Iklan di FB

Antara masalah untuk newbie bila nak buat FB ads adalah time nak buat payment utk iklan..Betul tak?

Di FB, utk buat payment iklan, anda boleh guna 2 cara iaitu:

  • Kad Debit/ Kredit
  • Perbankan Internet

“Apa beza kedua dua payment method ni Sifufbads?”

Sebenarnya, tiada perbezaan yg ketara sangat utk kedua dua payment method ni..Cumanya, kad debit/kredit ni selalu bermasalah utk buat pembayaran berbanding perbankan internet/prepaid ni, lebih mudah dan senang diuruskan.

Tapi jika anda menggunkan perbankan internet ada kelemahannya..

Kelemahannya, jika akaun FB ADS kita kena FLAGGED, duit yang ada dalam akaun tersebut akan burn..

Jadi, anda janganlah TOP UP banyak duit dalam akaun tu. Maksimum, letaklah bawah RM300. Nak lebih selamat, kalau akaun anda masih baru, letak bawah RM100 je dah cukup. Kalau kena flagged pun, takde la rugi sangat.

Jika anda pernah buat iklan sebelum ni menggunakan kad debit/ kredit, cara perbankan internet tak boleh digunakan..

“Kalau saya nak cuba gak, macam mana Sifufbads?”

Kalau nak gak, boleh..Tapi kenalah buat acc FB yang baru.

Wokay2..Skrg ni sy nak tunjukkan tutorial bagaimana nak buat payment utk iklan anda di FB.

Dah ready ke?

“Dah Sifufbads!”

STEP #1

Klik kat Manage Ads

STEP #2

Cari simbol 3 line macam dalam gambar tu dan klik.  Pastu, anda cari Billing & Payment Method

STEP #3

Klik kat Add Money

STEP #4

Anda akan Nampak paparan macam gambar kat bawah ni.

STEP #5

Utk anda yg nak guna kad debit/kredit, anda boleh tick kat Credit or Debit Card dan Select Bank. Kemudian, anda masukkan butiran pada kad. Sifufbads nasihatkan anda buat pengesahan terlebih dulu dgn pihak bank.

STEP #6

Utk anda yg nak gunakan perbankan internet/prepaid, anda boleh skip STEP #5 tadi..Terus jer tengok step ni..Tick pada Perbankan Internet dan klik Continue.

 

STEP #7

Masukkan bape ringgit yg anda nak spend utk iklan dan bahagian Amount. Pastu klik kat Review Payment. Dinasihatkan anda masukkan duit yg nilai yg kecil terlebih dulu seperti yg Sifufbads dh bagitau tadi.

STEP #8

Jika anda berpuas hati dgn value yg dimasukkan, boleh terus klik Make Payment. Tapi jika anda nk tambah/kurangkan value wang anda, boleh klik Back.

STEP #9

Anda boleh pilih bank yg anda ingin gunakan. Sebagai contoh, anda gunakan CIMB. Kemudian, anda klik Continue.

STEP #10

Pastu, anda just klik Continue

STEP #11

Kemudian, paparan ini akan muncul. Anda boleh buat payment melalui CIMB. Jika selesa dgn bank2 lain, boleh buat payment dgn bank2 lain..

Wokeh..Ni jer yg Sifufbads dapat kongsikan setakat ni. Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada anda. InsyaAllah

Similar Posts

33 Comments

  1. Assalamualaikum Tuan

    Saya dah ikut step by step tutorial mcm mana nk bayar iklan Fbads. Cuma dlm fb page saya tak ada..yg aad money tu..dan..hanya boleh buat bayaran secara kad debit/credit. Tidak ada perbankan internet. Harap tuan dapat membantu saya..saya memang zero dlm fbads ni. Semoga ilmu yg tuan kongsi akan diberi ganjaran pahala..Insha Allah

    1. Mungkin sis pernah buat guna kredit kad atau debit kad sebelum ini. jika dah pernah butang perbankan internet tidak akn muncul lagi. Jika Nak jugak buat fb baru.jadikan admin page….make sure Fb baru tersebut aktif sebelum mula ads

  2. saya nk gunakan perbankan internet . tp bila dh smpai kat step 9 tu dia xnak kluar . saya taktahu kenapa .

  3. assalamualaikum tuan….

    saya dah lama run fbads…tba2 acc yg save hilang.& ad tunggakan rm0.04.sy cuba add smula acc yg sy guna tp xdapat.katanya unauthorised.sy dah cuba add acc lain tmasuk big prepaid tp sama jga.unauthorised.utk pgtahuan tuan sy guna debit card utk payment.blh tuan terangkn punca2 & cara penyelesaianny.sy pening memikirkn di mana silap sdgkn acc xpnh kosong.

    terima kasih atas jawapan tuan.

  4. Assalamualaikum Sifu
    Minta tolong ajarkan sifu. Saya dah try ikut step di atas (perbankan internet) tapi saya stuck kat step no. 9. Bila nak buat pembayaran gambar yg dlm step no 9 tu tak keluar. Apa perlu saya buat? Adakah saya dah buat pembayaran @ belum? Saya keliru.

  5. Assalam
    Kat mana saya nak klik Manage Ads?
    Sebab bila saya klik kat arrow tu cuma ada Create Ads dan Advertising on Facebook sahaja.

  6. Assalamualaikum SifuFBads,
    Boleh tak kalau saya guna personal saving account utk buat fb ads? Dan kalau saya nak guna akaun syarikat akan ada masalah tak (sebab mungkin nama syarikat xsama dgn nama profil fb)?

  7. As salam…sy nk tanya.. sy dh buat page n dah pernah cuba nk boost post sy.. tapi xdapat.. dia tulis BOOST UNAVAILABLE.. kenapa ye jadi mcm tu.. sy dah try byk kali.. masih xdapat jugak.. dah 2 page dh sy buat,masih sama juga.. boleh tak bagitahu kenapa..terima kasih..

  8. Salam Sifoo soakalan saya;
    1. kalau guna method bayaran PERBANKAN INTERNET first time katakan saya tranfer RM100,
    bila dah habis guna duit tu BOLEHKAN saya topup menggunakan method yang sama untuk topup jumlah wang berikutnya katakan RM200… ATAU dah tak boleh?

  9. Salam tuan, saya sudah proceed dengan pembayaran debit/credit, dan setelah submit ads, ada potongan pre-payment rm200 dari akaun debit. Tapi setelah hampir 2minggu iklan ditamatkan masih belum ada refund dr pihak fb. Adakah itu biasa?

  10. Salam sifu..
    sy lynn
    sy ada boost page..dan dah berjaya
    tapi yg pelik sy x blh nk buat payment..
    utk pengetahuan sifu..sy daftar credit/debit utk payment
    tp smpai skrg masih tiada penolakan dlm account
    apa yg berlaku..dan apa perlu sy buat.
    terima kasih sifu

    1. aah kan awk. sy pun sama jgk mcm tu. dh nk dkt sebulan. sy ada ikut step mcm yg ats tu. ada masuk ads manager. tp sampai dlm tu, takda apa pun billing method semua tu. cuma ada list boost yg pnh kita buat. then ada billing. tp bila klik billing tu, takda pun kluar mcm ats tu. cuma kluar brp bill kita tu je. aduhhh mcm mana nii.

    2. saya pom mengalami perkara yang sama.. dah berjaya boost tapi payment tidak boleh buat dia kata Sorry, but we’re having trouble processing your credit card. You have not been charged for this transaction. Please try again….macam mana nak buat ya?

  11. salam.bantu saya sifu

    saya dah buat pembayaran sampaisteplast sekali tu. tapi bila tekan sahkan dia keluar semula minta bayar lagi.. dah ada duit dlm akaun tu sbb br je bayar.. kenapa tak boleh sahkan iklan?

  12. Salam sifu saya nak tanya sikit..kalau sy iklankan produk sy di fb ads dengan menggunakan kredit kad..contohnya saya letak amount rm 100 untuk seminggu..lepas seminggu tu dah habis,adakah saya masih lagi dicaj oleh pihak fb?

  13. Assalamualaikum. Saya ada buat pembayaran utk iklan FB. Masalahnya dalam akaun bank dah tolak tapi tak masuk ke FB. Apa patut saya buat?

  14. sory nak tnye. sy gune debit untuk iklan. but suddenly, bila masuk nombor kad dia kata nombor kad sy tak valid?. then how yer?

  15. Fb ads sy ambik dlm akaun sehari Rm16.00..ni kate sy masih ada hutang RM9.00..jadi pening sy..duit sale belum masuk lg

  16. Hi. Saya ada masalah untuk membuta bayaran hutang Di Facebook ads manager. Sebelum ni memang saya ada hutang dan fb tak dapat nak ambil duit dalam acc, selepas tu, Sya Cuba untuk membuta bayaran, tetapi akaun ads manager Sya disable pula. Dan bila saya add new payment, tak berjaya, apa perlu Sya buat

  17. Hai sifu nak tanya bila kita buat iklan di FB dan mencapai capaian tinggi adakah kita boleh dapat bayaran royalti dari iklan kita jika capaian tinggi sehingga cecah 1j

  18. assalamualaikum sifu bad boleh bantu sy
    sy ada buat pilihan byaran perbakan internet
    bila pilih bank tp tak kluar paparan step 11
    ada kah duit saya akan di tolak dr akaun bank pd bila2 masa.. atau bayaran tu belum selasai
    sy dah check dr acc bank tak ada transaksi

  19. Assalam tuan.. klu guna kaedah kod iklan kredit,kod iklan Nie jenis mcm mana ahh..? Di mana boleh dapat? Kena beli ke?

Leave a Reply to KHAIRANI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *