Saya Anak Kampung Jer…

Saya Anak Kampung Jer…

Kali ni dengan kisah inspirasi yang lebih menarik…

Seorang pensyarah yg sudah hidup selesa dengan kerjaya beliau, bertukar kerjaya kepada usahawan untuk keluar dari comfort zone.

Dgn smgt yg kuat, beliau travel dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk mulakan bisnes sendiri. Apa bisnes yg dibuat? Bisnes pakain la yg menjadi pilihan hati, sbb dh biasa berniaga secara kecil-kecilan jual pakaian di rumah.

Ia bukan satu kerja yg mudah, banyak dugaan yang datang…

Nak jual 1 helai sehari pun susah! Selalu lambat bayar sewa kedai, hari-hari terpaksa ikat perut, pernah kena tipu dgn supplier luar negara dan banyak lagi..!

.. tapi, beliau tetap kentalkan jiwa untuk teruskan hidup macam tu.. sehingga beliau berjaya hasilkan jualan sehingga 6 angka!

Bagaimana beliau lakukannya?

Ini al-kisahnya…

” Saya Naimey Jalil. Anak kampung, dari Kelantan. Berasal dari keluarga yang sederhana namun ahli keluarga saya bukan orang bisnes..

Sebelum ni, saya bekerja sebagai seorang Pensyarah di UiTM (secara kontrak) dan merupakan pelajar PHD di UPNM. Masa tu, kerjaya yang saya ada ini, saya rasakan berada di tempat yang cukup selesa tambahan lagi ini kerjaya impian saya.

Namun, saya sedar.. “Hidup ini bukan tentang diri sendiri sahaja!”

Dari situ lahirnya ‘BIG WHY’ yang kuat sehingga menyebabkan saya tinggalkan kerjaya impian saya dan membawa diri ke Kuala Lumpur!

Untuk apa ..? ..BISNES!!

Ya, bisnes pakaianlah yang menjadi pilihan saya waktu itu, memandangkan sewaktu bekerja dahulu saya sudah berjinak secara kecil2an menjual pakaian di ruang tamu rumah ibu bagi menampung perbelanjaan pengajian PHD saya..

ALHAMDULILLAH, dengan izinNya.. hari ini, saya merupakan pemborong pakaian muslimah bagi jenama CaryaZara yang sudah 3 tahun bertapak di Jln Kenanga, KL.

NAMUN, laluan saya tidak semudah ini..

HAMPIR HANYUT..!

Itulah yang boleh saya gambarkan bila bercerita tentang bisnes saya sebelum ni! Menjual pakaian tidak semudah yang disangka.. apatah lagi dikelilingi ‘player2’ otai di sini!

Bermula sebagai pemborong pakaian di Jalan Kenanga, tahun pertama perniagaan merupakan tahun yg amat mencabar bagi saya! Bukan senang nak menyakinkan orang untuk menjual pakaian yang jenamanya masih baru di pasaran lebih lebih lagi mereka sudah lama berurusan dengan ’supplier’ lain sebelum ini. Apatah lagi untuk mempunyai reseller di setiap negeri.

Kesannya, bisnes waktu tu seolah2 HIDUP SEGAN MATI TAK MAU walaupun saya berhabis hampir RM25,000 untuk membuat pengiklanan di majalah tetapi hasilnya tidak seberapa.

Pelanggan masuk kedai dalam sebulan boleh dikira dgn jari menyebabkan saya kesuntukan tunai waktu itu untuk membayar sewa kedai, sewa rumah, api, air, internet malah tak boleh nak rolling modal lagi sebab duit saya ada pada stok.

Perkara ini berlarutan sehinggakan saya terpaksa IKAT PERUT, catu makan! Bawa bekal makanan dari rumah. Waktu tu hari hari saya makan nasi goreng sebab nak jimatkan duit yang ada untuk membayar sewa kedai & utilities. Masa tu, keperitan yang saya tanggung tidak di ceritakan kepada sesiapa walaupun kepada keluarga sendiri.

(Pada saya, biarlah dipendamkan saja keperitan yang ditanggung ini sehingga saya bersedia untuk bercerita kembali keperitan ini dalam keadaan tersenyum setelah berjaya melaluinya.. )

Pada waktu itu…

Walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian termasuk ditipu oleh ‘supplier’ di luar negara, namun, untuk berundur dari bisnes ini langsung tidak kerana ‘BIG WHY’ saya amat kuat!

Lagi pun saya dah berhenti kerja dan saya sedar ini sahaja ‘periuk nasi’ saya! Itu yang memaksa saya & partner, Nik untuk terus memandang ke hadapan dan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk kami keluar daripada situasi ini.

Kemuncak ujian yang kami tanggung, apabila 2-3 bulan kedai kami tidak mampu menghasilkan sebarang jualan bermula pada pertengahan ogos 2013. Hanya tuhan yang tahu perasaan saya waktu itu.

Dengan duit ‘rolling’ ( pinjaman bank ) dah nak habis dan sewa kedai pun kami dah tak mampu bayar untuk bulan berikutnya.. Memang hari2 la main ‘biola’..

Hanya air mata mengiringi setiap doa waktu itu..

TETAPI… aturan Allah maha hebat! Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui..

Satu hari, partner saya, Nik rekemen kat saya..

“Emi, ada seminar fb ads di KL, jom kita join nak?”

Saya kata ok. So, kami pun pergi..

Itu kali pertama sy join seminar berkaitan perniagaan…

Sebenarnya, perasaan nak dgn tidak utk masuk seminar tu sama banyak kerana saya tidak yakin fb boleh membantu bisnes saya kerana saya memang sudah ada fanpage waktu itu, tapi.. paling ramai orang membeli melalui fb pun setakat 4 pasang sahaja sebulan.

Jadi, mana mungkin saya percaya seminar sifufbads ini boleh membantu bisnes saya untuk melangkah dengan lebih Jauh.

Sepanjang seminar SIFUFBADS, saya dapat lihat rasional ilmu yang diterangkan dan bagaimana fb ads dapat membantu bisnes saya.

“WOW!” Makin teruja saya apabila melihat kejayaan demi kejayaan yang dikongsi oleh student SIFUFBADS yang naik HOT SEAT time tu.

Sehingga saya bagitau partner saya..

“Ni tak boleh jadi, kalau diorang boleh buat kita jugak boleh buat!”

Hilang segala kebuntuan.. yang saya tahu saya kena buat apa yang ‘orang2’ HOT SEAT ni buat!

“Masuk kelas elite?” (Skrg kelas elite dah takde)

Bukan semudah tu keputusan dibuat! Berkali-kali kami pikir nak masuk ke tak! Hehe..

Sebab waktu tu, kami memang kesuntukan duit sehinggakan kami buat keputusan hanya salah seorang sahaja yang masuk.

Masa kelas hari pertama, laptop saya rosak..

MasyaAllah, saya rasa down sangat sebab satu hari tu tak boleh belajar betul2..

Balik tu terus ajak partner saya g beli laptop baru di lowyat.
Dalam hati cuak dah..

“Keluar lagi duit aku..” Jadi saya tekad dalam hati.. ‘macam mana sekalipun aku akan pastikan apa yang aku keluarkan ni balik modal..!’

HASILNYA, memang rasa nak nangis..

Kalau dulu saya hanya mampu jual 4 helai shj melalui FB tetapi bulan pertama selepas kelas saya dapat jana sales RM20,000 ke RM30,000 sebulan. Melalui ilmu fb ads yang dipraktikkan ni, 3 bulan lepas tu sales meningkat sehingga 6 angka. Teruja sangat sale offline & online sama naik!!

KALAU DULU..

+ Kalau dulu stok cuma 200 helai tetapi untuk bulan puasa shj stok hampir 30,000 helai.

+ Kalau dulu susah sangat kami nak cari reseller untuk CaryaZara, tetapi kini reseller CaryaZara dah berada di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak & sekarang dah masuk pasaran Singapura.

+ Dan NIKMAT yang tidak terhingga kepada kami apabila dapat membantu ramai reseller CaryaZara meningkatkan pendapatan mereka sehinggakan ada yang dapat menjana pendapatan sehingga RM50,000 sebulan hanya melalui jualan secara ONLINE SAHAJA..

+ Bukan itu sahaja, reseller CaryaZara yang dulu jual baju kami melalui online sahaja tetapi sekarang sudah mampu buka butik sendiri. Syukur..

+ Paling best ada juga di antara reseller butik siap buka satu butik khas lagi untuk jual baju CaryaZara sahaja bagi menampung permintaan customer.

Syukur Alhamdulillah, tunjuk ajar yang berterusan dari sifu Jamal & team Sifufbads lah banyak membantu saya sehingga ke tahap ini..

NASIHAT SAYA..

Berniagalah dgn ILMU! Pilih MENTOR yang tepat! Buat sampai jadi! Kepada peniaga2 di luar sana :

1. Kalau anda baru start berniaga : Carilah guru yg tepat untuk SEDUT ilmu bisnes! Jgn sampai langgar dinding dulu baru nak berguru! Dalami ilmu Marketing Online sebab ni LUBUK KEKAYAAN BARU!

2. Yg dah lalui pengalaman pahit maung mcm sy : JANGAN berterusan membayar ‘cukai kebodohan’! Selalu langgar dinding kalau jatuh blh bangun balik takpa tapi kalau jatuh tak bangun2 mcmana?! So.. Apa yg kita kena buat? CEPAT2 cari guru yg tepat bila dapat JGN NAK TUNGGU2 atau BNYK PIKIR lagi follow aja apa yg guru cakap terus apply ilmu itu! (buat sampai jadi itu apa yg sifu Jamal selalu pesan pada saya sehingga sekarang)

3. Kpd peniaga yg dah terbang tinggi : Teruskan dampingi ilmu. Utk kekalkan MOMENTUM supaya terus terbang tinggi!

Dgn ilmu yg diajar Sifufbads, kami sempat berpaut dan menyelamatkan CaryaZara dari terus hanyut malah dgn ilmu ini jugalah CaryaZara berkembang membina nama sehingga sekarang.. Malah, sekarang CaryaZara selalu masuk TV, Majalah & surat khabar semuanya secara PERCUMA..

Bila fikir balik, kalau saya tidak mengambil keputusan itu dahulu.. sy tidak tahu DI MANA CARYAZARA AKAN BERADA SEKARANG..

Sampai sekarang saya masih belajar dengan sifufbads, join seminar, jadi crew.. saya rejoin kelas elite. Bagi saya ilmu itu perlu di recharge sentiasa dan sudah pasti ia memerlukan komitmen yang tinggi.

Terima kasih buat sifu jamal & team..”

Ditulis sendiri oleh Naimey Jalil

~ Fanpage : Caryazara Official

Similar Posts

3 Comments

  1. satu senario yang pernah saya lalui. saya ucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya bangkit setelah jatuh teruk. moga Allah tambahkan razeki anda

Leave a Reply to abdul shukor dollah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *