|

Tutorial Cara Buat ‘Like Marketing’ Untuk Fanpage Anda

Tutorial Cara Buat 'Like Marketing' Untuk Fanpage Anda

Masih tidak tahu bagaimana cara bina fans di page anda?

Kali ini saya nak terangkan bagaimana membina iklan untuk tarik like ke fanpage anda.

Lepas ini takde lagi alasan mengapa like ataupun fans di page anda sikit je! Ikuti tutorial cara buat like marketing untuk fanpage anda seperti di bawah ya..!

Jom kita mulakan…

1) Klik pada butang atas paling kanan di FB Profile anda dan pilih “Create Ads” atau boleh sahaja taip address ini di browser anda.

1

2) Apabila keluar paparan seperti ini, Pilih ‘Promote your Page’. Iklan ini bertujuan untuk tarik ‘Like’ sahaja.

2

3) Selepas itu pilih ‘Page’ yang anda ingin tingkatkan likes ataupun yang anda ingin fokus kepada pembinaan ‘Fans’.

3

4) Namakan Campaign, dan kemudian klik ‘Set Audience & Budget’ apabila selesai.

4

5) Masukkan maklumat audiens yang anda ingin sasarkan utk lihat iklan Like anda ini. Anda juga boleh lihat ‘Potential Reach’, iaitu jumlah anggaran audiens yang telah anda pilih berdasarkan maklumat audiens yang telah anda isi.

5

6) Tetapkan budget yang anda ingin belanjakan untuk iklan ini. Kemudian namakan Ad Set, dan klik butang Choose Ad Creative.

6

7) Untuk iklan tarik Like, anda boleh gunakan gambar ataupun video. Pilih salah satu..

Kemudian, tuliskan ayat iklan untuk tarik Like. Tips untuk iklan tarik Like –  masukkan ayat CTA (Call-to-Action) seperti “Sila LIKE…”, “LIKE sekarang..”.

Pilih placement yang anda mahu iklan ini dipaparkan. Sama ada ‘Desktop’, ‘Mobile’, ataupun ‘Desktop Right Column’. Tips – Sebaiknya, jika anda baru hendak bermula, gunakan paparan ‘Mobile’ sahaja dulu. Remove placement yang lain.

Klik ‘Review Order’.

7

8) Paparan ini akan muncul selepas ‘Review Order’. Letakkan ‘Ad Name’ atau nama iklan untuk rujukan anda. Semak butiran iklan anda sebelum klik ‘Place Order’.

8

SELESAI!

Similar Posts

135 Comments

  1. salam..sy ada masalah dgn billing poscode..dah cuba card credit cimb. kad debit maybank. macam2 poskod dah letak tak berjaya.. apa solution nya. t.kasih sifu.

  2. Saya pon sama.foreigner yg duduk di msia yang banyak like post saya.sedangkan saya dah exclude mereka di demographic dan interest dah buat spesific.kenapa ye?

  3. Salam sifu Jamal.kenapa saya buat ads page like not approve yer..sebelum ni ok je..buntu..

Leave a Reply to JaMaL (SifuFBads) Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *