Dulu Saya Anggota Polis

Nauf

Pernah dengar tak citer polis jual tudung?

Polis jual tudung? Boleh caya ke ni..?

Ni saya nak share sikit pasal sorang brader ni. Dulu kerja polis, sekarang dah turun pangkat jadi penjual tudung..

Bunyi macam kelakar tapi tu la kebenarannya..

Dah kenapa brader ni? Tak best ke jadi polis..? Kerja dengan GOMEN lak tu.. banyak kot kelebihan dapat. Nak buat LOAN pun senang.. kerja pun dah TETAP..

Lagi pelik, macam mane laa brader ni ada terdetik hati nak tukar kerja dari Mat Polis kepada Mat Tudung…

Ini kisahnya…

” Kalau hari ni orang lebih mengenali Nauf sebagai pereka tudung, tapi dulu Nauf adalah bekas anggota polis yang bertugas di sekitar daerah Petaling Jaya.

Bila kerja goverment ni, antara kelebihan yang ada adalah kerja tetap.. senang nak buat loan. Dalam usia 20 tahun, Nauf ada loan dengan bank dan kawan-kawan hampir RM100k. Kebanyakan loan sebab nak raya, nak beli motor la.. dan macam-macam lagi. Akibat dari tu, gaji yang tinggal jadi sikit.. jiwa Nauf meronta-ronta nak tambah pendapatan.

Mula-mula, Nauf pilih untuk sambung belajar, logik nya.. bila Nauf ada Diploma @ Degree, Nauf akan cepat naik pangkat dan gaji mungkin lebih besar..

Setiap bulan, bila dah start nak masuk tengah bulan, memang Nauf mengalami sedikit tekanan sebab duit gaji yang sedia ada tak pernah mencukupi.. sampai korek-korek tabung simpanan. Kadang-kadang tu, bila dah takde duit sangat.. nak cari 10 sen pun sangat susah.. makan maggie, sosej, nasi putih berkuahkan kicap. Allah… bukan tak bersyukur, tapi sampai bila.. hidup bujang pun dah susah camni.. nanti dah berkahwin macam mana pula? Dah ada anak?

Subhanallah, tak sanggup Nauf nak fikir dan lalui.. tu bila fikir diri sendiri.. kalau fikir plak mak abah adik kat kampung pulak macam mana? Nak bagi belanja lebih pun berkira-kira sebab takut nanti tak dapat menampung kos diri sendiri kat bandar..

Nauf dah serik hidup camni! Penat sangat-sangat.. setiap bulan, setiap tahun hidup macam ni. Dengan kos sara hidup semakin meningkat, nak pegi mana-mana pun memang kena guna duit.. dan masa tu lah jiwa ni meronta-ronta nak tambah pendapatan secepat mungkin. Nauf tengok orang jual tudung macam senang je.

Dengan baki gaji yang ada masa tu RM800 Nauf borong tudung di Jalan T.A.R, KL. Nauf masih ingat.. 1 helai tudung yang Nauf borong tu RM29/pcs jadi dengan modal RM800 Nauf dapat 27 helai..

Start dengan tidak ada ilmu tau. Main redah je.. Apa yang berlaku pada 27 helai tudung tu lepas tu? Yang terjual dalam 1 helai je.. selebihnya Nauf sedekahkan pada mak.. kakak dan kawan-kawan.. hahaha…

Lepas beberapa bulan, hidup Nauf masih tak berubah, masih di tempat yang sama.. masih makan meggi dan setiap hujung bulan Nauf masih berkira-kira untuk tunggu tarikh keramat 25hb sebab takde sokongan moral.. takde ilmu.. perniagaan tudung Nauf hampir dilupakan..

Nauf mengalami TEKANAN tahap tertinggi..

Disebabkan tekanan yang teramat sangat, Nauf mencari guru dengan hadir ke seminar perniagaan. Bayangkan masa tu dalam poket dan account bank Nauf ada sikit duit je.. tu pun duit modal. Nauf dengan berat hati nak laburkan duit tu untuk bayar seminar semata-mata nak tuntut ilmu..

Dalam kelas, Nauf takde la faham sangat apa sifu ajar. Lambat pikap la katakan… tapi, nasib baik Nauf jenis suka menyalin.. apa pun yang sifu bagitau, Nauf salin…

Sifu share macam-macam teknik sampai nak muntah yelaa.. Sebelum ni, kita main hentam je berniaga tetiba kena berniaga guna teknik yg baru kita belajar.. Nauf tak cuba semua teknik tapi Nauf cuma guna 1 teknik sahaja. Perghhhh! Betul-betul merempit sales lepas tu!

Dulu, tudung Nauf jual tak banyak.. tapi guna teknik yang sifu ajar.

Jualan pun mula meningkat dari 60 helai kepada 1500 helai per design. Paling mengujakan adalah design tudung original raudhah.. Shawl Qisha telah menjadi fenomena! Akibat promosi Qsha FREE Veil jualan Nauf meningkat kepada 3000 helai!

Kejutan yang sangat drastik sehinggakan kilang jahitan dan team raudhah huru-hara dengan permintaan di luar jangkaan dan pada bulan puasa.. operasi raudhah berjalan hampir 16 jam!

Semuanya alhamdulillah, lepas Nauf balik seminar.. Nauf dah yakin boleh buat sales dengan menjana income sendiri tanpa perlu usik duit gaji semasa bekerja…

Lepas setahun Nauf berniaga online, Nauf bercadang nak buka butik sendiri. Kalau dulu-dulu, nak buka kedai sendiri memang agak mustahil, tambah pula takde ilmu marketing offline kan.. tapi, sebab teknik sifu untuk sasarkan customer yang kita nak guna FB Ads.. lebih FOKUS dalam buat iklan. Nauf nekad sasarkan jualan 3 hari sebelom raya dan buat opening butik.

Kalau nak ikutkan, agak terlambat tapi sebab teknik tu berkesan.. modal renovation butik dan segala costing untuk membangunkan butik fully recover 3 hari sale opening Nauf. Ya Allah.. bersyukurnya Nauf tak terkata dengan sambutan customer, memang 3 hari penuh butik.. berpusu-pusu pelanggan masuk!

Alhamdulillah…

Sekarang ni, Nauf dah beri 100% jiwa Nauf untuk perniagaan, bukan senang untuk Nauf berada di tempat ni. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah.. gagal cuba lagi.. gagal terus cuba lagi.. dan setiap percubaan yang berjaya Nauf akan terapkan dan ajar terus kat stokis-stokis. Dari segi ilmu marketing, insyaAllah, Nauf akan bantu sesama stokis.. buat seminar, group coaching malah personal coaching pun ada..

Bila Nauf fikir balik, takde yang mustahil tukar dari seorang anggota polis kepada usahawan tudung. Jatuh bangun perniagaan yang Nauf lalui.. kegagalan yang Nauf terima adalah sebahagiaan daripada pembelajaran dalam perniagaan. Kegagalan yang sebenar adalah…

APABILA ANDA BERHENTI MENCUBA! TQ SIFU!”

~ Dari pemilik fanpage Raudhah my (Nauf Safwan)

Similar Posts

9 Comments

  1. Saya tertarik dengan cerita nauf bekas polis ini. Bukan kerna Kejayaan ber fb ads beliau. Tapi kerana keberanian beliau untuk mencuba bisnes yang sama, yang beliau pernah rugi sebanyak RM800. Kebiasaanya manusia akan cari bisnes lain, atau berputus asa tanpa mencuba terus. Tapi untuk mencuba sesuatu yang kita pernah gagal sekali lagi, amat perlu keberanian yang tinggi.

  2. Assalamualaikum….
    Akak amat berminat membaca cerita nauf sebab akak pun dalam bidang ni….berniaga tudung. Akak masih mencari2 cara mcmana nak boomkan sale akak.
    Boleh bagi tips?
    Akak menjual dan membuka group dropship tudung bawal crepe iaitu sejenis tudung yg amat disukai oleh students. Tk de jenama dan murah. Akak x buat fbads pasal tudung ni sebab ianya tudung murah. Margin untung x leh tinggi. Takut x berbaloi nk spend on fbads.
    Akak juga baru berjinak menjadi mini stokis satu jenama tudung kanak2. Selain tudung, jenama ni baru mengeluarkan telekung dan jubah sebagai produk tambahan. Boleh ajar mcmana cara membuat iklan paling efektif untuk produk ni di fbads?
    Harap dapat membantu akak.
    Tkasih. Assalam

    1. Xpe kak, pergi belajar dulu ilmu fb ads tu… insya Allah lepas dah buat baru boleh cakap berbaloi ke x berbaloi. Semua orang pun takut nak buat sesuatu yang kita x pernah buat. Go kakak!

  3. askm nauf,mmg betul2 1 kisah kejayaan yg boleh di jadikan sumber inspirasi.lelaki pulak yg berjaya,tahniah,alhamdulillah.semoga kita melayu islam makin maju,berjaya dan kaya insyallah.terima kasih ats perkongsian cerita hebat anda!!???
    saya founder kepada jenama briged kaira,tahniah syabas nauf,terima kasih sudi share pengalaman fb ads.

  4. As salam…sgt menarik kisah Nauf ni…sy pun berada dlm situasi lebih kurang macam Nauf tpi berbeza haluan perniagaan… skrg masih menghadapi maslah dgn FB ads…sy pernah belajar kursus fB ads dgn seorg sifu..tpi basic ajelah..hihi..skrg x leh contac dgn sifu tu…dye bz sgt2 lagipun x knal sy ni…sbb dlm kelas tu ramai…mslh pages sy dh kne block ada, xleh nk boost pun ad..mcm2 ad…team sy pun mcm tu jgk…x thu kat mne nk jumpa sifu2 yg boleh bantu sy selesaikan mslh ni…buntu…bisnes sy maju slps sy gunakan teknik ni..namun bila hadapi mslh yg skrg ni, masih mencari jalan penyelesaian ni dh jadi merudum…x tahu nk buat mcm mne….:’)…sdeh

    bantu sy ; 013-9738554

  5. menarik kisah nauf nie…sy dan isteri juga ingin berjaya seperti beliau… selain mempunyai kerja tetap..sy menjual baju melayu secara on9..juga tayar kereta secara on9.. juga perkhidmatan roadtax dan insuran secara on9 dan barang2 baby n rumah…tetapi masih lagi belum dpt menjana pendapatan yg teguh…

  6. teruja sgt2 dgn cerita nauf, saya sgt suka berniaga…tapi tidak semua la saya redah sb mungkin takut tu mauh ada. sekarang ni sedang memulakan bisnes rencah memasak senang dan mudah…harap dapat tips dan cara utk pasarkan dgn lebih mluas dari tuan.

  7. Kak Jan pun tgh stress ni. Iklan kat fb ads dah beribu2 , tapi sales tak juga meroket. Ermmm. Sedey sgt tau. Dah berumur ni cpu lembab sikit. Kena sifu ajar one to one agaknya baru dapat. Hihi.

Leave a Reply to Hawa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *