Dulu Saya Keje Akauntan, Sekarang Dah Jadi Personal Shopper

wanie

Semasa beliau mula2 menceburkan diri dalam dunia bisnes, beliau mulakan langkah dengan bisnes affiliate ebook dulu. Ketika itu, beliau memegang jawatan sebagai akauntan di sebuah syarikat yg berdaftar, bisnes pula tetap dilakukan secara sambilan.

Selain minat beliau untuk menceburi bidang bisnes, desakan hutang kad kredit juga merupakan faktor yg buatkan beliau terpaksa cari punca pendapatan lain.

Beliau mulakan kerja sambilan ini lebih kurang 3-4 tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga ke hujung tahun 2013. Jika diikutkan, beliau mmg takde langsung asas bisnes pun. Tetapi, beliau cuba je dulu. Lepas cuba affiliate ebook, beliau cuba pula bekalkan servis personal shopper, iaitu servis beli beg tangan berjenama di luar negara untuk pelanggan di Malaysia.

Bagaimana beliau buat servis tu?

Mula2, beliau ambil tempahan awal dulu. Contohnya, sebulan sebelum beliau bertolak ke luar negara, beliau akan buka tempoh untuk pelanggan tempah produk yang mereka mahukan.

Lepas itu, beliau akan minta pelanggan untuk senaraikan barangan yang mereka inginkan. Sebelum ini, hasil jualan secara kerja sambilan adalah RM500-RM1,000 sebulan.

Utk memudahkan beliau cari pelanggan, beliau belajar FB Ads dari Sifu Jamal.

Selepas beberapa bulan buat FB Ads, beliau terus berhenti kerja disebabkan jualan servis beliau masa itu sangat baik, iaitu RM2,000-RM3,000 seminggu. Mmg masyuk!

INI TIPS UTK ANDA YG BERMINAT NAK BUAT SERVIS PERSONAL SHOPPER!

Beliau byk gunakan PPE dalam iklan FB Ads. Kekuatan iklannya lebih kepada gambar beliau membeli-belah di sana (Europe). Semasa beliau mula2 buat servis ini dulu, tak byk tempahan pun…

Jadi, apa yang beliau buat adalah;

Beliau pergi dulu ke sana, kemudian ambil gambar byk2 walaupun masa itu tidak beli utk orang pun dan letakkan gambar di FB serta ayat, “Siapa nak kirim (gambar handbag) ini akan datang?”

Dlm gambar tu, beliau letak tarikh bila bertolak ke Europe. Ini dpt tingkatkan TRUST org pada beliau. InsyaAllah, bila buat begini, org akan terus bayar penuh.

Utk servis ini, sasaran audiensnya adalah golongan wanita yang berumur 23-45 tahun. Mengapa beliau pilih umur 23-45? Itulah pentingnya kita kenal siapa audiens sasaran kita, dan itulah yg beliau sudah buat. Dari situ, beliau tahu yg golongan ini sudah mempunyai kuasa membeli yg tinggi.

Seterusnya, di bahagian interest, beliau letak jenama produk aksesori wanita yang lain.

Untuk like marketing pula, mesti kena buat selalu. Barang2 mahal macam ini, org takkan beli selalu. Beliau jarang dpt repeat order, setiap masa kena cari pelanggan baru. Ini disebabkan kebanyakan org hanya mampu utk beli produk yang berharga sekitar RM1,000 sahaja.

Jadi, apa yg beliau buat adalah konsisten update fanpage. Masukkan informasi yg berguna utk audiens

Ini merupakan cara yg sgt penting utk wujudkan kesedaran pada audiens berkenaan servis yang beliau sediakan.

KESIMPULANNYA..

Sebelum mulakan sesuatu bisnes, dptkan TRUST daripada audiens dulu. Bila dah ada TRUST, konsisten bina ENGAGEMENT dgn mereka.

Similar Posts

7 Comments

  1. Salam. Saya nak tnya. Saya mmg berminat nak jadi PS. Tapi mmg tkde ilmu langsung. Tambah plak kekangan modal. Sy nak tahu banyak ke kos yg perlu tuk jd PS?

  2. Saya pun berminat untuk menjadi seorang personal shopper barangan yang berjenama 1Hari nanti. Sekarang pun saya nak berjinak-jinak menjadi agent kepada personal2 shopper yang lain tapi terigin menjadi seperti mereka juga..

  3. Saya berminat utk jadi personal shopper.. Tapi tak tahu mcm mana caranya.. Saya tiada basic perniagaan pun.. Boleh bantu saya..

Leave a Reply to lienda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *