| | | | |

5 KESILAPAN YG BUATKAN BISNES ANDA TERBUNUH!

LANGIT TAK SELALUNYA CERAH! Ade mase bisnes kita kencang, ade masenye juga bisnes kita kurang dapat sambutan..

Dengan daya persaingan yg kuat, semakin hari semakin byk pesaing baru muncul. INI BARU CABARAN BERBISNES.. Kalau ditambah lagi dengan kesilapan kita (owner bisnes).. lagi teruk la keadaan yg boleh buat bisnes kita TERBUNUH! 

Dalam pengalaman sy mengajar, kebanyakkannya dtg drpd faktor masalah yg lebih kurang same, tp lain jalan ceritanya.

Lepas saya buat posmotem, ade beberape kesilapan yg SAMA sy jmpe pada founder2 skrg.

Di sini, saya nak share 5 KESILAPAN YANG MAMPU BUAT BISNES ANDA TERBUNUH!

#1 PRODUK

Kalau kita terlalu fokus kpd 1 produk jer, tanpa inovasi baru, idea baru, strategi baru tmsuk marketing & branding. Brand kita senang utk ada persepsi lemah. Kena lah ade 2 3 produk yang lain, bole buat Brand Extension. Tambahkan lagi produk kategori utk naikkan lagi kekuatan brand kita.

Salah satu contoh kita bole ambil adalah Brand Maggi – pada awalnya Maggi terkenal dengan Mi Segera, skrg Maggi dah keluarkan byk lg produk kategori lain2 seperti instant cup, sos, seasoning, dan perencah masakan. Penuh barang dapur dengan produk dia jer..

Bukan tu aje, bila ada 2 3 produk lain, senang juga kita nak pakejkan produk kita cth macam “Set Pelengkap Harian”.. sebab pakej2 ni boleh hasilkan SALES INCREAMENT. Otomatik sales kita pun akan meningkat.

#2 BRANDING

Bila kita tak naikkan nama brand kita, pastu pesaing2 baru muncul, copy, atau copy & adjust, terkesan teruk bisnes anda nnt. Branding adalah SANGAT PENTING kalau nak kuat atau kekal dlm market. 

Contoh pada brand Apple, walaupun kita semua sedar betapa beza dari segi harga iphone. Tp ttp dikejar2kan org ramai. Sesiapa yg dpt beli iphone seawal dia release, dah jadi satu kebanggaan. Betapa hebatnya branding Apple ni, dia tekankan pada VALUE, KEUNIKKAN, DESIGN, USER EXPREIENCE dan byk lagi. 

Itu lah yg kita nak bila orang lihat pada brand kita! Kekuatan pada branding ni yang akan membezakan position kita dengan pesaing2. Dengan branding juga kita dapat berkomunikasi dengan audiens kita. 

Pepatah omputih “It’s easy to love a brand when they love you back”. – Seth Godin.

#3 MARKET

Kalau kita tidak memahami keperluan market semasa, terutamanya pattern pembelian, buying power, jenis customer, ini semua akan menjadi punca demand produk semakin menurun. Dgn ketahui pattern dan behaviour customer, tujuan dia adalah untuk kenal pasti kesesuaian produk kita dgn demand di market.

Walaupun produk kita dapat sambutan yg tinggi masa launching, tak semestinya demand itu akan sentiasa ada. Bina tim R&D yg sentiasa berfikiran inovatif utk kekalkan produk kita sbg ‘most updated produk’ mungkin dari segi teknologi atau cara bancuhan dll. Kesemua ni akan juga memudahkan strategi marketing kita nnt.

Kita ambil contoh Maggi, dah berapa puluh tahun Maggi bertapak kukuh di Malaysia dan sampai ke hari ini dorg tetap spend pada marketing khusus utk tingkatkan lagi demand produk mee Maggi. 

#4 LEADERSHIP

Leadership yg lemah, tanpa adanya control, akan efect pada perlaksanaan ukt naikkan sesuatu company. Leadership sgt penting untuk pastikan tim2 jalankan tugas dgn efektif. Sebagai founder/leader anda WAJIB utk pastikan tim2 mempunyai training yg cukup. 

Bagi yg tumpukan pada reseller, pastikan juga diorang dapat training dan motivasi yg berterusan. ‘ENERGY’ akan mula datang dari seorang leader. Tapi kalau leader tak tunjuk contoh yg baik, mustahil untuk nak dapat tim yg POWER2! Kalau ada sekalipun, dalam tempoh masa terdekat, anda akan ditinggalkan.

#5 FINANCIAL MANAGEMENT

COMPANY & PERSONAL, kalau pengurusan kewangan peribadi FAILED, macam mana pula dengan company? Founder mesti cekap mengurus financial, dari segi investment, beli asset, reserve tank(company) dll. Tahankan nafsu lifestyle yg mewah di awal tempoh berbisnes ni. 

Ada masanya nanti utk kita berbelanja. Tapi pastikan dulu status kewangan company dah secure untuk beberapa tahun kehadapan sekiranya terjadi apa situasi yg kita tak dapat kawal seperti mana kita lalu skrg dgn COVID-19. Berapa byk company2 besar terpaksa ‘downsize’ dan ada juga yang GULUNG TIKAR sbb lemahnya pengurusan kewangan mereka.

Kalau anda berjaya ELAKKAN KESILAPAN2 ni, insyaAllah lebih senang nanti nak naikkan bisnes anda.. Hanya perlu tingkatkan pada MARKETING DAN STRATEGY jer. 

Nak ulang jugak ke kesilapan2 sy share ni? 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *