Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Kenapa Akaun Fb Ads Anda Kena ‘Flagged’ dan Apa Penyelesaiannya?

Diterbitkan pada Jul 7, 2015 oleh

flagged

Ni antara masalah yang kira top 5 yang sering diterima oleh sifufbads…

.. “Akaun fb ads saya kena FLAG!”

Apa maksud akaun fb ads kena flag ? Flag dengan maksud mudahnya adalah..

AKAUN FB ADS ANDA DIBEKUKAN, DIGANTUNG, DI’BLOCK’, DI’BLACKLIST’KAN..atau senang cerita – tak boleh buat fb ads dah…

Pernah tak anda dapat mesej dari Facebook seperti ini…

“Your ad account has been flagged for policy violations. Any ads you’re running have been turned off. If you believe this is mastake, please contact us.”

akaun flagged_1

ataupun seperti ini…

“Your ad account has recently been flagged because of unusual activity. for security reasons, any ads you’re running will be paused until you can confirm your account information. contact Facebook.”

fbads flagged

Apa perasaan anda ketika itu? Marah!? Kecewa!? Fedap kipidap!?

Pasti anda tertanya-tanya, “Woi Mark Zuckerberg, Apa salah aku? Kenapa pula kena flagged?” 

FB ni, kalau dia nak ‘flag’kan akaun fb ads kita, memang terus flag je. Bukannya nak bagi apa-apa AMARAN pun.. tiba-tiba Facebook terus flagged akaun fb ads anda… apa citer? Kalau sales tengah sedap, memang berjujuran air mata dibuatnya.. Frust tertonggeng dibuatnya!

Kenapa ye kena flag ni?

Mengikut kajian, eskperimen, pengalaman, ada beberapa reason utama kenapa akaun kena flag ni..

Kenapa akaun fbads anda kena flagged? Mungkin anda ada lakukan perkara berikut…

#1: Iklan ‘Disapproved’ Banyak Kali

Iklan yang berulang-ulang kali disapproved, boleh menyebabkan fbads anda kena flagged.

Apa maksud iklan disapproved banyak kali?

Contohnya;

Anda dah buat iklan, buat split test.. tapi iklan anda semua disapproved, kemudian.. anda buat iklan sekali lagi.. disapproved lagi! Buat iklan lagi, disapproved lagi..! Risiko FLAGGED la jawabnya…Ianya menunjukkan anda ni degil.. FB kata tak bleh, tak bleh la…

Sepatutnya, lepas iklan anda dissaproved.. jangan terus buat iklan, tunggu lebih kurang setengah jam.. Nak secure lagi, buat hari esoknya. Lepas tu baru buat iklan baru. Dinasihatkan, jangan guna gambar/ayat sama dengan iklan yang tak approve sebelum ini.

Kenapa iklan anda ‘disapproved’?

Ada banyak sebab iklan disapproved. Dari produk, gambar, hinggalah ayat iklan. FB dah nyatakan RULES nya. Kalau kita tak patuhi, iklan yang dibuat berisiko untuk disapproved. Jom kita lihat antara sebab-sebab utama iklan tidak diluluskan oleh FB. Antaranya;

  • Text Lebih 20% 

Text pada gambar lebih 20%. Tak boleh ada banyak sangat tulisan pada gambar iklan anda. Pastikan ianya kurang 20% dari keseluruhan gambar. Untuk semak sama ada text pada gambar iklan anda lebih 20% atau tidak, anda boleh gunakan tool dari FB iaitu GRID TOOL.

gambar text

  • Gambar Kulit Badan

Facebook tak benar gunakan gambar iklan yang tunjukan gambar KULIT badan.. seperti gambar nampak perut, gambar tak pakai baju (orang lelaki la..), gambar SEKSI (tapi kekadang lepas juga..huhuhuhu). Biasanya, produk fitness, slim & diet yang banyak menggunakan gambar seperti ini.. Jadi, jaga-jaga ye!

Gambar camni, tak bleh…

disapprove

Gambar camni, tak boleh!

Gambar camni, boleh…

ni boleh

Gambar camni, ni boleh!

#2: Jual Produk Intim..

Straight to the point la.. Produk bagi kategori ni, memang paling berisiko! Sangat berisiko! FB MEMANG TAK BAGI ANDA JUAL PRODUK DEWASA NI! Berkaitan seks ni.. Produk berkaitan kesihatan “sistem peranakan” ni, memang berisiko! Tapi, tak bermakna anda tak boleh jual langsung guna FB. Nak jual juga, takde halangan. JIKA ANDA JUAL PRODUK JENIS INI, ANDA PERLU SANGGUP TERIMA RISIKO-RISIKO INI;

  1. Akaun fb ads anda boleh di Flag bila-bila masa saja! Ada student saya, dah buat berbelas akaun fb ads baru untuk terus menjual di FB. Setiap kali kena flag, dia akan buat page baru, akaun fb baru, guna kad baru. Selepas run beberapa minggu, kena flag lagi. Buat lagi baru… Memang leceh! Memang sales masyuk di fb, tapi nilah cabaran terbesarnya…
  2. Fanpage anda boleh diterminate terus oleh FB! Jadi, jangan la fokus iklan untuk menarik LIKE kerana ditakuti usaha anda akan menjadi sia-sia apabila page kena terminated. Fokus terus pada iklan pagepost

Jika anda jual produk dewasa, gambar iklan kena JAGA. Elakkan dari guna gambar 18sx. Cuba gantikan dengan gambar yang ada maksud yang tak menunjukkan 18sx…Gambar couple tengah dating ke…makan2 kat restoran ke.. Anda juga boleh try, gambar-gambar yang jenis “double meaning“..

FUSE-630x419

Elakkan juga gunakan blacklist keyword seperti CATUABA dan KLIMAKS, Miss-V, ghairah, V@gina, dll. Jika anda gunakan keyword ini.. akaun anda boleh kena flagged. Jadi, jangan gunakannya dalam post atau nama fanpage. Tukarkan perkataan ini kepada perkataan yang lebih selamat.. Contohnya, Miss V kepada “sistem pembiakan” ke.. atau cari lah apa-apa idea lain yang bersesuaian..

Semasa menulis manfaat produk, JANGAN tekankan manfaat/masalah seperti;

  • Mati PUCUK?
  • Saiz KECIL?
  • LEMAH tenaga batin?
  • Susah nak KERAS?
  • Nikmat KLIMAKS yang belum pernah dirasai!
  • Dapat mendayung lebih LAJU dan LAMA!

.. tukarkannya kepada;

  • Anda dan isteri WANGI sepanjang malam!
  • Isteri Dah Tak Komplen Dah?
  • Dia TERSENYUM LEBAR sepanjang malam!
  • Asben saya POWER RANGER!

Saya tak jamin ye, tapi boleh try..

#3: Guna 1 Kad Kredit Untuk Akaun FB Ads Berbeza

Anda boleh gunakan banyak kad debit/kredit dalam 1 akaun fb.. tapi, anda tak boleh guna 1 kad debit/kredit untuk banyak akaun fb. Macam mana tu?

Ok, saya bagi contoh;

BOLEH: Kad debit/kredit Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam, semua guna dalam 1 akaun fb Ali.

TAK BOLEH: Ali, Abu, Ahmad, Kamal dan Kamil berkongsi 1  kad debit/kredit yang sama dalam akaun fb mereka.

debit card

Satu kad debit/kredit, untuk 1 akaun fb ads sahaja. Tak boleh gunakan kad debit sama untuk buat iklan di akaun fb ads yang lain. Kalau anda ada banyak bisnes, ada banyak page, tiada masalah. Anda boleh buat iklan untuk kesemua page tersebut dalam satu akaun fb ads sahaja.

#4: ‘Relevance Score’ Rendah

Jika anda tak tahu apa relevance score ni? Boleh baca ARTIKEL INI..

Relevance score juga boleh memberi kesan pada status iklan anda. Ia dikira dari 1 hingga 10.

Bagi saya, relevance score yang lebih dari 7 adalah yang TERBAIK, manakala, relevance score yang kurang dari 5 sudah dikira BAHAYA. Kenapa saya kata bahaya? Sebabnya, iklan yang anda buat tak relevan dengan audiens yang anda target, jika ada ramai audiens yang buat report.. kemungkinan besar akaun anda boleh kena flagged! Bila ramai sangat report (ada jumlah report tertentu yang diambil kira oleh FB), akaun anda akan flagged!

Ok, apa yang perlu anda buat jika relevance score anda bawah dari 5? Anda hanya perlu ADJUST pada;

  • Gambar
  • Copywriting

Nak lebih selamat, jangan gunakan gambar dan copywriting yang NEGATIF. Jika ada audiens yang tak suka, mereka boleh report pada Facebook..

Contoh Copywriting Negatif;

BADAN ANDA GEMUK? SELALU DIHINA DAN DICACI MAKI OLEH RAKAN2?

MUKA BERJERAWAT? SELALU DIPULAU DAN JADI BAHAN KETAWA?

Contoh Gambar Negatif;

gambar negatif

#4: Jual Produk Tiruan

Hati-hati jika anda menjual produk tiruan, lebih baik, kalau boleh dielakkan, elakkan! Risikonya jika ada owner/syarikat original buat report, akaun fbads anda bukan je kena flagged, malah fanpage anda boleh kena TUTUP terus!

Contohnya, anda jual baju NIKE tiruan dari Siam.. Pihak NIKE boleh bertindak memaklumkan (buat report) ke FB. Dan tanpa sebarang amaran, akaun anda dikenakan flagged, dan fanpage di TERMINATED oleh FB. Minyak wangi reject, double A ke, triple A ke.. Jaga-jaga! Kalau boleh, jangan tonjolkan jenama pada gambar dan juga ayat iklan. Biarkan prospek whatsapp atau PM dulu, baru anda tunjukkannya..

fake product

#5: Guna Nama Brand Pada Nama Page

Semasa bina fanpage, jangan guna NAMA BRAND pada nama fanpage anda. Lebih-lebih lagi syarikat yang ada nama BESAR. Contohnya NIKE, ADIDAS, DUNHILL, RAYBAN dll. Anda bukan je boleh kena flagged, tapi boleh kena SAMAN oleh brand syarikat yang anda guna. Habis LINGKUP bisnes anda nanti!

Jika nak letak nama brand, anda bina la nama brand anda sendiri.. walaupun anda jual produk orang lain! Contohnya, anda menjual pakaian sukan NIKE. Jangan gunakan brand NIKE tu pada nama page anda. Jangan guna nama page “PAKAIAN SUKAN JENAMA NIKE”, tapi anda boleh gunakan nama page “AL-FATEH – Kedai Barangan Sukan Berjenama NO.2 di Msia”. Tu contoh je.. jangan cari plak! Hehehehe..

Nama Fanpage

Takde idea nak letak nama fanpage? Baca artikel ni..

..

Jika akaun fb ads kena ‘flagged’, apa tindakan seterusnya?

CARA 1

1) Buat akaun fb baru, fanpage baru, kad debit/kredit baru – Lepas anda buat akaun baru, jangan terus buat ads.. jadikan akaun anda seperti REAL HUMAN, tunjukkan akauan fb baru anda tu benar-benar manusia,  bukan ROBOT. Bina engagement (like, share, komen) dengan rakan-rakan di fb. Ambil masa sedikit. Gunakan akaun anda tu seminggu dua. Selepas tu, baru mula boleh buat fb ads. Jika tak, akaun fbads anda boleh kena flagged semula..

new fb account

2) Tukar IP address – Bila nak buat fb ads je, tukar IP!  Untuk tukar IP address, anda perlu RESET modem internet seperti Streamyx dan Unifi. Cara nak reset, TUTUP dan CABUT plug MODEM anda dalam tempoh 5 minit. Jika masih tak tukar, tutup modem anda untuk 1 malam.. kemudian, check semula pada esok pagi.

Untuk lihat sama ada IP address anda dah tukar ke belum, boleh check DI SINI.

Tukar IP Address

CARA 2

1) Hantar report pada fb – Jika anda rasa anda memang tak lakukan sebarang kesalahan yang mengakibatkan akaun kena flagged, anda boleh buat report! Anda juga boleh HANTAR REPORT terus pada fb DI SINI. Biasanya, link untuk contact, fb akan bagi. Gunakan ayat bahasa inggeris, beritahu fb yang anda dah ikut guideline mereka.. tapi kena tetap flagged. Buat ayat merayu, ayat kesian..

policy

2) Hantar lagi report! Biasanya FB ni tak reply.. Tapi jika anda hantar report tu berulang kali, potensi mereka reply adalah lebih tinggi. Cuba sampai dapat! Dan potensi akaun anda diaktifkan kembali tu adalah cerah (jika anda memang tak langgar rules.)

Kalau cara ke-2 ni tak berjaya, gunalah cara 1….Buat sampai jadi!

Inilah antara sebab kenapa akaun fb ads anda kena flagged, mungkin ada banyak lagi sebab.. tapi anda perlu INGAT!

Facebook berhak untuk reject, approve, atau disapproved apa-apa iklan anda berdasarkan guideline dan keputusan mereka. Dalam erti kata lain, anda perlu IKUT peraturan facebook. Jadi, berhati-hati ketika buat iklan.. sentiasa SEMAK iklan anda dengan teliti sebelum mula buat iklan.

Semoga bermanfaat.

Komentar (54)

  1. Untuk secure login FB Ads account tanpa detect, boleh guna browser Comodo. Saya dah try, undetected. Account tu secure sampai hari ni dah 3 bulan. Satu account di Chrome, satu lagi di Comodo. Reason dia sebab comodo ni private dns, dynamic IP.

    p:s nak tips free? Klik pada nama saya.

  2. bagi yang fb ads kena flag ..pertama sekali jangan login acc tu ..kalau boleh reset modem reset dan pastikan ip yang baru ..fb follow giler2 la .. browser clear belaka .. guna akaun tambahan/spare/atau pinjam kawan
    masuk dekat akaun advert ..biling method add payment ..pergi dekat add admin role untuk billing tu masuk kan ..atau cari username/akaun yang lama add kan ..macam kongsi akaun pada satu billing la 🙂 tambah user je … sekian dari saya nak selamat guna topup melalui ipay lah ~tup topap dalam 100 ke dan elak kan akaun ni kena flag lagi … nanti dekat akaun lama jadi ada dua akaun lah pilih yang baru … insyaallah boleh kalau x kena spare banyak akaun la

  3. Zayed

    Nk tnya mcm mana klu masalah kad kite yg kene flag,.. skrg 2016 bank banyak ckp debit kad dh xleh buat fb ads, sya byk kali kene , mcm mana jalan penyelesaian, utk kad debit kene flagg..

    Semua bnk kite dh buat kad debit, so sifu bads ada cdangan kad ape yg tebaik,??? Please harap replay…

  4. Salam sifu, account saya kena flagged minggu lepas. Dan saya da buka acoount yang baru.

    Tapi…

    Dalam account yang lama. Masih ada lagi balance RM 400 . Macam mana kita nak dapatkan semula balance itu tadi. K tq sifu

  5. Lokman

    Assalamualaikum tuan, disini sy ada dua pertanyaan iaitu bolehkah 1 FB akaun ada 3 FB Ads akaun iaitu 1 FB Ads akaun personal dan 2 FB Ads akaun business manager. Bolehkah 3 FB Ads akaun ini berkongsi payment method yg sama iaitu kredit kad yg sama. Terima kasih

  6. fazry

    macam mana nak bg lepas kalau Your ad account has recently been flagged because of unusual activity. for security reasons, any ads you’re running will be paused until you can confirm your account information

    takkan viral je pown kena flaq? boleh taju.. sebab apa… semua akaun 5tahun ke atas 6 akaun fb semua alami masalah yang sama dan ip aadderess berlainan semua

    ada cadangan tak

  7. Rafi

    Salam sifu.. kalau produk kecantikan seperti jeragat lak.. apa yang sesuai.. apa pantang larang dia.. penat da ni try buat iklan .. 3 akaun da kene flag.. aduhai.. gambar lepas karangan xlepas.. semua kata violate FB policy.. tapi tang mana xtahu..

  8. Nik

    Assalam sifu jamal..mohon dpt pencerahan..bill fd ads sy sbnrnya kena bayar pd 30 November..tp bila smpai je tarikh tu duit dlm akaun sy x mencukupi sprt yg sepatutnya sbb lupa nk bank in kn dan menyebabkn fb xleh nak charge la sbb duit x cukup, then tarikh pembayaran telah bertukar kpd 30 Disember iaitu hujung bulan dpn..tp pd pg keesokn paginya sy terus masuk kn duit dlm akuan tersebut dgn hrapan fb akn tarik duit dlm akaun tu..masalah nya dh 5 hari dia x tarik2 lg..bila sy nk buat pembayaran dia ckp cannot charge..sama juga bila sy nk tambah akaun bank lain utk settle hutang tu tetap jgk x dpt..adakah semua card bank sy rosak? Dan mcm mane nk selesaikn masalah sy ni..adakah kena tunggu smpai 30 Disember..? Xblhn sy nk settle dgn segera hutang tu..sbb iklan sy stop sbb hutang x byr lg..mohon agar sifu dpt bg penerangan yg jelas..

  9. Mie

    Salam tuan apa fungsi current balance di Manage Ads?bawah current balance ada adjust treshold min RM90.apa sebenarnyr fungsi Current Balance?sekiranye current balance RM 0 bolehkan saya menggunakan Boost tu?approve tak kalau sy buat iklan?

  10. iwan

    “Akaun anda telah dinyahdayakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, layari Pusat Bantuan.”

    Kenapa ye akaun saya dinyahdayakan dan ada x cara atau teknik untuk mendayakannya semula?
    Harap sangat sapa2 dpt membantu saya….

  11. Farhana

    salam sifu akaun saya pun baru-baru ni kena flag.. rasa kecewa jugak.. nak dapatkan balik tak boleh ke tanpa buat akaun baru? rasa sayang la akaun saya ni.. lagipun saya baru je join ads tu.. orang atas yang tolong register kan saya dalam ads sewa akaun facebook.. setiap kali saya check komisyen yang saya dapat.. kali terakhir saya check ada dalam lebih kurang 600 ke 700 macamtu.. lepas tuu dapat notification dia suruh log in balik facebook lepastu tengok kena flag.. kalau boleh saya nak contact sifu untuk lebih detail boleh tak?

  12. Zu

    Sifu nak tanya, kalau fbads sj yg kena flagged n akaun admin fb tu still jalan mcm biasa kan. Cuma page fbads sj yang tak blh berfungsi kan? Ke atau sebaliknya sifu? Mohon bantuan pencerahan sifu

  13. Pingback: Apa Nak Buat Bila Akaun Fb Ads Kena Flagged

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!