Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Saya Nak Dedahkan Bagaimana 5 Tips Ini Mampu Menguatkan Lagi Headline Anda..

Diterbitkan pada Sep 5, 2016 oleh

Nak Tak Saya Dedahkan Bagaimana 5 Tips Ini Mampu Menguatkan Lagi Headline Anda

Anda tahu tak kekuatan utama ayat penulisan ialah pada headline? Kalau headline anda tak menarik dan hancur lebur, confirm prospek tak berminat nak teruskan bacaan.

Boleh dikatakan hampir 90% peranan yang dimainkan oleh headline, so penting ke tak penting headline ni?

“penting sifu, penting sgt, sblm ni tak pnh amek port pon.. Patutlah xde result..”

Ok, kalau sedar diri takpe, bagus…

Ni saya nak kongsikan 5 tips mudah yg anda boleh gunakan dan perbaiki teknik penulisan headline anda…

#1: GUNAKAN BAHASA MUDAH

2

Headline utk iklan fb ads perlu ditulis dgn mudah, tak perlu guna bahasa yg susah utk org nak grab, bila orang ‘loading’ diorang jd malas nk teruskan bacaan.

So, guna je bahasa santai, lebih mudah bahasa digunakan, lebih cepat pembaca tangkap.

Sebelum ni kan saya penah bgtau, anda ada 3-5 saat saja utk tarik perhatian pembaca.

Ni sy bg contoh;

“SAYA BAKAL MENDEDAHKAN SATU-SATUNYA FORMULA RAHSIA YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH CIK KIAH YG BERUMUR 45 TAHUN KE ATAS YANG MEMILIKI MASALAH KULIT KUSAM TERLAMPAU KINI BERJAYA MENGETATKAN SEMULA WAJAHNYA DALAM MASA KURANG 15 HARI”

Adakah anda rasa ia mudah dibaca dan difahami? Patuhi syarat 3-5 saat tak?

“ermm.. macam tak je sifu…”

Ya memang tak dan memang lambat org nk faham, plus lebih 5 saat plak tu..

Ok, tgk camne saya ubah headline kt atas tu menjadi headline yg lebih mudah..

“TERBONGKAR! TAK SMPI 2 MINGGU CIK KIAH, 45 TAHUN BERJAYA ‘KETATKAN’ KULIT WAJAHNYA SEMULA!”

Mungkin juga boleh guna camni;

“TAK SMPI 2 MINGGU, KULIT WAJAH CIK KIAH KEMBALI KETAT”

Atau..

“FORMULA RAHSIA NI TELAH ‘MENGETATKAN’ KULIT CIK KIAH, TAK SMPI 2 MINGGU!”

Ya! Bahasa mudahnya ialah, anda gunakan bahasa pendek. Yg penting mesej atau maksud iklan tu dikekalkan.

So..

Memula tu anda boleh tulis headline panjang dulu, pastu baru pendekkan bahasanya.

Faham?

#2: MAINKAN EMOSI AUDIENS

3

Ye betul tu, mainkan emosi audiens, bukan bercintan cintun tu ye. Ni lain..

Pada headline tu anda boleh timbulkan rasa keterujaan, rasa kasih sayang, rasa mesra dn lain-lain.

Gunakan perkataan yg menunjukkan ekspressi perasaan atau emosi, ni saya bg contoh;

  • WOW!
  • ARGH!
  • WAHH!
  • OMGG!
  • YAYY!
  • AMAZING!

Contoh ayatnya jadi camni;

“OMG! BUDAK OFFICE KATA KULIT SAYA LICIN MACAM KAIN SATIN!”

“ARGHH.. TENSION! ASYIK KENA EJEK PERUT BULAT JER!”

“WAHH! TAK SMPI SEMINGGU LEMAK SY GONE, BDN TERASA RINGAN!”

Tu, kalau nak guna perkataan ekpressi..

Ni kalau kita gunakan bahasa MANGLISH plak.

“wah ada bahasa baru ke sifu..?”

Melayu campur english lah.. percakapan yg kita salu gunakan, ni pn boleh mainkn emosi.. Contohnya;

“NEW ARRIVAL – JUBAH PELIKAT, TERKNI DI GAJAH DUDUK!”

“SOON – CHAPTER Z, 3 DAYS, MEI INI…”

“AMAZING! TAK SMPI SEMINIT EYEBAG DAH HILANG!”

Ok, lagi satu, jangan lupa masukkan simbol.. gunakan simbol yg betul..

Simbol seperti koma ( , ), pembuka & penutup kata ( “” ), tanda soal ( ? ) dan tanda seru ( ! )..

Dah tah? Kasi ekjasss ..

#3: GUNAKAN SINGKATAN PERKATAAN

4

Di media sosial ni, pengguna sering menggunakan singkatan perkataan, jarang orang guna bahasa baku.. Mana ada org taip cmni..

“kau orang makan dekat mana malam ini?”

Ade? Takde kan? Biasa org taip cmni jer..

“korang mkn ktne mlm ni?”

Haa.. nmpk tak perbezaan tu? ringkas tp org faham je kan..?

So, tk mnjdi masalah kalau anda nk gunakan singkatan-singkatan perkataan yg biasa digunakan kt Malaysia ni.. Anda boleh tukar jd short form. Cthnya;

  • Dengan jadi dgn
  • Untuk jadi utk
  • Cepat jadi cpt
  • makan jadi mkn
  • Tapi jadi tp
  • Macam mana jadi cmne

Banyak lagi! Anda boleh buat research sendiri.. Contoh ayat short form;

“BRO ADA PROBLEM MAIN GYM DH LAME TP TAK SADO-SADO? TK TAU NK BUAT CMNE?”

“SIS BDN DA OMEY SGT TU, TAKNAK SELIM CM DOLU-DOLU KE?”

Mudah jer.. Bahasa kita bercakap, itulaha bahasa yg kita gunakan..

#4: GUNAKAN HURUF BESAR

5

Ye, gunakan huruf besar pada headline, sapa tak buat mmg kesian..

Bila anda guna huruf besar pada headline, barulah nmpk perbezaan antara headline dengan intro. Kalau headline tulis huruf kecil, nampak sama dengan intro, takde ‘highlight’ kat situ.

Anda pernah baca paper? Tak kiralah harakah ke, metro ke, utusan ke.. Saya jamin anda msti nmpk tajuknya dulu. Sbb apa? Sbb tajuk dia ditulis bukan main besar lagi.. Siap bold lagi.. Tak nmpk gak tak taulah..

Tajuk dia lebih besar berbanding isi-isinya.. Camtulah jgk dgn facebook, biar headline lebih besar dari intro.. Memandangkn kita takleh nak besarkn tulisan tu, maka opsyen yg ada hanya huruf besar dan kecik saja.

Barulah, pembaca boleh tertarik mana satu headline dan intro..

“oohh.. baru tahu.. selama ni main taram je..”

Dah tahu kan? Gi ubah skang..

#5: SPESIFIK

6

Ya, pastikan ayat anda lebih spesifik, terus terang je! Menulis headline dgn lebih spesifik ni lg bagus, nk tau sbb apa?

Sbb anda dah tapis prospek yg benar-benar mahukan produk anda. Takdelah buang masa nak layan itu ini lagi. Contohnya;

“PRODUK BINA BADAN NO1 DAN PALING DIPERCAYAI DI MALAYSIA!”

“MESOTROPIN, PRODUK YG DIPERCAYAI OLEH AHLI BINA BADAN MALAYSIA!”

Mana lebih spesifik dan mana lebih menarik?

Dah tentu no 2 kan, ia lebih spesifik, lebih jelas, dan mudah difahami.

Yang bawah ni pulak;

“TERKINI! HABBASAUDA LISTRA – FORMULA TERBARU BANTU MENYUBURKAN WANITA”

“FORMULA TERBARU, 100% DARI PATI HABBASAUDA JORDAN YG MAMPU TINGKATKAN KESUBURAN WANITA 5X LEBIH BERKESAN!”

Yg mana nmpk lebh spesifik dan jelas? dah tentu no 2 kan? Wlupun ditulis lbih pnjg tapi ia lebh spesifik, dan menarik perhatian pmbaca..

Anda perlu spesifikkan kelebihan yg ada pada produk anda dan gunakan pada bahagian headline.. Pastikan ia tidak cliche okay, tak sma cam orang lain..

Fahammm..?

Komentar (4)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!