|

Dah Habis Beribu Ringgit Buat Like Marketing, Tapi Sales Slow?

Ramai yg bertanya dgn Sifufbads, tak kira la time LIVE ke atau kt PM…

“Sifufbads, bagaimana nak convert fans kpd customer?”

Soklan dh ber-repeat2 kali ditanya, bukan sekali dua..Ni antara sebab utama ramai bisnes owner give up dlm bisnes..GAGAL nak ‘pikat’ hati fans mereka utk membeli produk/servis mereka..

Soklannya..

BAGAIMANA ANDA NAK CONVERT FANS KPD CUSTOMER?

Today, Sifufbads akan kongsikan 7 tips bgaimana anda boleh tukarkan fans anda kpd customer semudah ABC…Anda berminat nak tahu?

“Mesti la nak Sifufabds”

Wokeh..Memandangkan ada yg nak tahu dan ramai yg ada problem cam ni, Sifufbads kongsikan…

#1: PRODUCT HIGH DEMAND

Ini paling utama, pastikan produk/servis anda ada permintaan yg tinggi lebih2 lg di FB..Jika anda menjual produk/servis yg tiada demand sama lah anda menjual coconut shake kt org di kutub utara…

So apa yg anda PATUT buat utk pastikan produk/servis anda demand?

  • Kaji dulu user experience pada produk anda.
  • Research dari segi demand terhadap produk/servis yg hmpir sama dgn produk/servis anda.
  • Buat survey kpd fans samaada mereka suka atau tak produk tersebut..
  • Kaji kt discussion di FB, blog, forum dan sbgainya..
  • Buat pencarian related ttg produk anda di google..

Sebenarnya byk lg..Kalo nak cite, mmg tak habis 3 hari 3 malam…heheh

#2: REAL AUDIENCE

PERHATIAN! Pastikan fans yg anda ada tu adalah real audience bukannya fake..Maksudnya disini, fans anda tu adalah fans yg berpotensi utk membeli produk anda..

That why, bila buat Like Marketing, anda perlu consider beberapa aspek ni…

  • Tkkan nak jual tuala wanita pd lelaki?
  • Tkkan nk bg servis eaon pd umur 13-20 tahun?
  • Nak jual buku resepi pd lelaki?
  • Nak tarik org dtg kedai anda di KL kat org Kedah?

So..benda2 ni kena consider. Dan anda boleh dapatkan targetted audience ni berdasarkan…

  1. Lokasi – Tmpt mereka tinggal
  2. Jantina – Lelaki ke wanita yg lebih sesuai utk produk anda..
  3. Umur – Anda perlu kaji golongan umur bape yg lebih ‘terpikat’ dgn produk anda..
  4. Minat – Ni antara keypoint utk anda memilih fans yg betul..Berdasarkan minat mereka..Anda boleh sasarkan audience berdasarkan brand yg mereka suka, band yg mereka suka, hobi, selebriti, aktiviti yg mereka suka dan lain2..

#3: RELATIONSHIP

Anda miliki ribuan fans? Bape ramai yg dari fans anda yg membeli dgn anda? Pernah anda bg reward kpd mereka? Pernah anda bertanya khabar kpd mereka? .

“Wuuu..bnyknya soklan..”

Yaa..Saja Sifufbads tanya..Utk convert fans kpd pembeli, anda perlu la ‘ber-engage’ dgn mereka…

Selalu2 ler ‘up-kan’ post yg berbentuk education..Dan diakhir setiap post, masukkan ayat2 CTA yg boleh mereka engage dgn mereka…

#4: BAGI SPECIAL OFFER

Anda pernah pegi ke SOGO? atau mana2 shopping mall? Apa yg mereka buat utk tarik prospek dtg ke? Jawapannya tak lain tak bukan adalah OFFER! Betul tak?

“Betul Sifufbads”

Sape yg tak suka OFFER, DISKAUN, JUALAN MURAH, JUALAN BORONG dan sbgainya..

Dlm kes ni, anda boleh bg offer khas kepada fans anda…Tapi jgn la selalu bg..Nmpk tak xclusif lak nnt…

Utk ‘kuatkan’ offer anda tadi, cuba tambah elemen2 urgency dan scarcity. Sure meletop sales anda tu..

#5: IMPROVE TRUST

Sebenarnya, anda boleh convert fans kpd customer dgn lebih mudah melalui TRUST..Apabila mereka sudah percaya dgn anda, mudah utk anda convert kpd sales..

Ada beberapa tips yg boleh membantu anda utk naikkan trust..

  • Tunjukkan gambar2 aktiviti berkaitan bisnes anda spt gmbr tgh layan customer, gmbr tgh packing, gmbr stok..
  • Wujudkan character dlm page anda..Cthnya..Kak Ton ke, Ka Zah ke, Abe Mie ke…
  • Anda gak boleh selalu buat LIVE FEED kat page. Anda boleh cite apa2 jer, asalkan relate dgn bisnes anda.

#6: TESTIMONI

Testimoni yg banyak akan dpt membantu anda utk convert fans kpd pembeli..Cuba anda update testimoni dari masa ke semasa..

Smkin byk atau kerap anda kongsi testimoni, smkin tggi trust fans anda kpd anda..

Mngikut survey yg dijalankan oleh Sifufbads, didapati faktor terbesar yg menyumbang org membeli adalah slps mereka melihat testimoni yg bnyk..

Tak caya? Cuba ler

#7: SELL DREAM

Apa tu? Jual mimpi ke? Haha..Bukan! Apabila kita menjual produk kita di FB, jangan tekankan kepada harga produk, jangan tekankan tentang kehebatan produk.

Apa yang perlu anda tekankan adalah – Apa manfaat yang bakal diterima prospek selepas dapatkan produk anda. Manusia secara fitrahnya lebih bermotivasi sekiranya dijanjikan apa yang mereka impikan/idamkan.

Sbgai contoh, anda sbgai penjual krim pelangsing. Apa yg anda boleh buat utk prospek asyik terpikir akan dapat bdan lebih kurus, langsing dan menarik bila menggunakan produk anda.

Cuba perhatikan ayat mana yg anda lebih suka?

AYAT A – “Krim ABC, produk slimming paling terhebat dipasaran yg dibuat dari herba yg terlipih. Halal, buatan tempatan, bermutu. Kami menjualnya dgn harga termurah dipasaran”

AYAT B – “Mahukah anda jika ada krim yg boleh bantu anda dapatkan bdan yg lebih cantik, lebih langsing dan lebih menarik dalam masa yg singkat. Dan seterusnya membuatkan anda kelihatan lebih cantik setiap masa wlaupon dh beranak pinak”

Haa..yg mana anda pilih? Ayat A atau B..

Inilah teknik-teknik yang biasa student Sifufbads gunakan untuk dapatkan big sales. Anda boleh cuba. Semuanya penting! Tapi yang paling penting, anda kena bina trust. Baru mudah orang nak berikan duit mereka pada anda.

Betul? Benda ni basic je. Jika anda dapat kuasai cara nak dapatkan instant trust, percayalah.. orang akan berebut-rebut nak membeli dari anda!

Apa yang anda faham dari perkongsian ini? Boleh share di bahagian komen..

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply to Dah Habis Beribu Ringgit Buat Like Marketing, Tapi Sales Slow? - UstazWan.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *