Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Cara Mudah Bina ‘Branding’ di Facebook

Diterbitkan pada Apr 1, 2015 oleh

Cara Mudah Bina 'Branding' di Facebook

Pembinaan branding adalah salah satu perkara yang sangat PENTING dalam sesuatu bisnes. Ini supaya bisnes anda dapat dikenali oleh orang ramai. Jadi, sebelum nak launch atau promosikan sesuatu produk, anda perlu bina branding terlebih dahulu.

Ada banyak cara untuk bina branding, antaranya;

1) Logo pada gambar

Jika anda serius nak mulakan sesuatu bisnes, anda WAJIB bina logo untuk bisnes anda. Kebanyakkan usahawan yang berjaya biasanya sudah mempunyai logo untuk bisnes mereka. Sebab itu, banyak syarikat-syarikat besar sanggup laburkan ribuan ringgit hanya untuk mencipta logo sahaja.

Jika anda tiada modal yang banyak untuk logo, anda boleh upah designer di Fiverr…hanya 5 dollar sahaja untuk setiap satu logo. Tak pun, jika anda ada kemahiran design, anda buat je sendiri.

Logo juga merupakan salah satu cara usahawan berkomunikasi dengan pelanggan. Dengan hanya melihat logo sahaja, pelanggan sudah tahu apa yang bisnes anda tawarkan dan mudah mereka untuk mereka mengingati bisnes anda. Jadi, amat penting untuk anda menggunakan reka bentuk logo yang menarik perhatian.

Ini adalah antara contoh logo syarikat-syarikat besar yang berjaya…

logo example

Di Facebook, anda boleh letakkan logo syarikat pada gambar fanpage profile. Ini adalah salah satu cara efektif branding di Facebook. Anda boleh lihat contoh fanpage My Qalam 4 kids ini…

logo my qalam 4 kids

2) Konsisten update post setiap hari

Untuk buatkan fans sentiasa ingat pada anda, cuba konsisten update post setiap hari di fanpage. Buat perkongsian tips-tips yang bermanfaat, video motivasi dan banyak lagi. Bina engagement dengan fans, galakkan mereka untuk komen dan likes post anda. Anda juga boleh anjurkan contest, pemenangnya anda boleh pilih secara random.

Jika anda sibuk, anda boleh jadualkan post dalam 3 kali sehari. Cari waktu yang paling banyak reach, anda boleh cari di page insight…Contohnya, anda boleh jadualkan waktu pada pukul 9 pagi, 2 petang dan 8 malam.

Ini antara contoh post sharing di fanpage sifufbads

post sifufbads

3) Share artikel di blog

Selepas siap hasilkan artikel di blog, anda boleh viralkannya di sosial media. Letak butang share di setiap artikel anda. Ini antara plugin wordpress untuk share,

Apabila pelawat suka baca artikel anda, mereka akan share artikel tersebut. Sebab itu, anda perlu hasilkan artikel yang berkualiti. Tulislah artikel yang fans anda suka baca, bukan yang anda suka tulis.

Anda boleh lihat contoh-contoh artikel di blog sifufbads.

artikel blog sifufbads

4) Gunakan Teknik hantu

5) Tingkatkan like fanpage

Bagaimana nak buat teknik hantu dan like marketing?

Di bawah ini, saya sediakan tutorial cara buat teknik hantu dan like marketing.

Tutorial Cara Buat ‘Teknik Hantu’

1) Klik pada ‘Create ads

1. Create Ads

2) Kemudian, pilih objektif iklan anda. Dalam tutorial ini, pilih ‘Boost your post‘.

2. boost post

3) Pilih nama fanpage, dan pilih nama post yang anda ingin gunakan dalam teknik hantu ini. Pastikan gambar yang anda gunakan sesuai dengan ukuran sebenar sidebar iaitu 254 x 133 pixel.

3. pilih fanpage, post

4) Klik ‘Continue

 

4. continue

5) Namakan kempen anda.

5. campaign name

 

6) Isikan maklumat di bawah ini…

6. audience

1. Jika anda gunakan WCA/CA, anda boleh masukkan di ruangan ini.

2. Masukkan lokasi yang anda ingin sasarkan, anda boleh letak bandar atau negeri. Lebih mudah, pilih negeri sahaja.

3. Pilih umur dan jantina yang bersesuaian yang mempunyai kuasa membeli.

4. Untuk menggunakan teknik hantu ini, biarkan ruangan interest kosong.

5. Pada bahagian ‘Connection‘, pilih ‘Facebook Pages‘ dan ‘people who like your page‘.

6. Masukkan bahasa yang digunakan oleh audiens sasaran atau biarkannya kosong

7. Fungsi ini biarkan kosong, tidak sesuai digunakan di Malaysia.

7) Selepas selesai pada ruangan audiens, pilih bajet iklan anda. Untuk permulaan letakkan bajet antara RM15 hingga RM30 dan pilih ‘Optimize for Page Post Engagement‘.

7. budget

 

8) Kemudian, pilih placement. Untuk teknik hantu, pastikan anda gunakan pada sidebar sahaja dan remove placement yang lain.

 

8. placement

9) Selepas selesai, klik pada review order untuk semak iklan anda. Selepas anda puat hati, klik place order.

9. place order

 

Ok, langkah terakhir adalah ‘Monitoring & Optimization‘. Lihat berapa kerap iklan anda dilihat oleh audiens. Semakin tinggi frequency, semakin menjadi teknik hantu anda!

Tutorial Cara Buat ‘Like Marketing’

1) Klik pada ‘Create ads

2) Untuk buat like marketing, pilih ‘Promote yang page‘.

2. Promote page

3) Pilih nama fanpage, kemudian namakan kempen anda.

3. fanpage likes

4) Masukkan ‘interest’ yang relevan dengan audien yang ingin anda sasarkan.. 1 iklan, 1 interest. Pada bahagian connection, pilih ‘Only people not connected to Sifufbads‘.

4. audiens

5) Pilih gambar yang bersesuaian untuk iklan anda.

5. pilih gambar

6) Selepas pilih gambar, anda perlu masukkan text dan pilih placement anda.

6. placement

1. Gunakan ayat arahan untuk tarik like, berikan sebab kenapa audiens sasaran anda perlu like page anda.

2. Kemudian, pilih placement. Placement yang sesuai untuk buat like marketing adalah Mobile News Feed, dan Desktop News Feed.

7) Setelah anda semak iklan anda, klik ‘Place order‘.

7. place order

Siap! Langkah seterusnya adalah ‘Monitoring & Optimization‘. Pastikan anda kira berapakah conversion untuk iklan like anda.

Macam mana? Mudahkan? Inilah cara mudah nak bina branding di Facebook.

Semoga bermanfaat.

Komentar (60)

    1. CA ialah Custom Audience bermaksud senarai prospek yang anda kumpul seperti ID FB Page, Email atau No. Telefon.

      WCA ialah senarai prospek yang telah pergi ke laman web anda yang anda sudah pasang ‘tracker’ WCA.

      Kegunaan kedua-dua CA dan WCA ini ialah untuk ‘kempen retargetting’.Maksudnya anda memasarkan semula kepada mereka yang telah ‘angkah tangan’ menunjukkan mereka berminat dengan produk/servis anda.

      P.s. Saya ada buat servis bina Minisite (Squeeze Page, Lead Page, Landing Page dan Minisite Affiliate) . Saya juga ada servis setup Facebook Page dan Facebook Ads untuk yang berminat.

      Nak tahu lebih lanjut? Klik disini >> http://www.minisitekosrendah.com

  1. lokmanulhakim abdul adzis

    salam..sifu tk sy dh buat ads utk page like marketing.cuma sy nak tanya kalau like kempen ni nak kena stop iklan pada waktu bukan puncak atau biar je iklan berjalan mcm biasa??maaf baru first time ni..tk sifu

  2. fathiah

    salam.. nk tanya.. “Selepas selesai pada ruangan audiens, pilih bajet iklan anda. Untuk permulaan letakkan bajet antara RM15 hingga RM30”
    -mksudnya, saya kena bayar ke iklan tu? bayar mcm mana?

  3. Pingback: Apa Kepentingan ‘Like Marketing’ Untuk Bisnes di Facebook? | Sifu FB Ads

  4. luqman

    salam sifu, ada yang kata kita perlu letak interest seberapa banyak yang boleh untuk betul2 filter audience kita. apa pendapat sifu.

    lagi satu, adakah setiap iklan like perlu asingkan placement (mobile & dekstop) atau gabungkan kedua-duanya.

  5. Pingback: Cara Tingkatkan Branding dengan Promosikan Website Anda di Facebook | Sifu FB Ads

  6. Pingback: Perkara Asas Branding Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Bisnes | Sifu FB Ads

  7. Akma

    Assalam..Saya nak tanya, saya nak promote page, tapi fb reject sbb cover photo terlalu byk text..macam mana ye..saya dah kurangkan text dalam cover photo, tapi masih reject sbb text lebih dari 20%..nak buat post boost pn macam tu..harap dapat bantu sy yang masih blaja ni..

  8. Lynda

    Sifu.. saya dah run ads lebih 10 kali.. tp komen takde langsung n like pin kurang dlm 50 kebawah je.. sy buat daily bajet RM10 per day.. apa selalunye yg membuatkan org x komen ye?

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!